Salam Ramadhan kepada semua Muslim yang sedang membaca~ ~
Hari ini sudah memasuki hari ke-2 berpuasa. Dan waktu Mayra menulis ni, Mayra tengah dalam keadaan Hypoglycemia (kurang gula dalam darah) dan sedang menanti waktu berbuka (approximately 2 jam lagi untuk berbuka).
Nak tahu apa impian gadia-gadis dan wanita-wanita muslim dalam Ramadhan ni? Kami-kami semua nak puasa sebulan penuh!! Tapi apakan daya, hanya orang-orang yang bertuah sahaja yang dapat berpuasa penuh.. sobsss
Mayra yakin, ramai yang memasang niat untuk mengkhatamkan Al-Quran dalam bulan Ramadhan ni, satu hari satu juzuk. 30 hari puasa = 30 juzuk = khatam Al-Quran. Namun, agak mustahil bagi perempuan untuk mencapai 30 hari = 30 juzuk sebab kami-kami semua diberi ABC (Allah bagi cuti) huhu.. jadi macam mana nak habiskan Al-Quran dalam masa sebulan walaupon tak dapat berpuasa penuh??
Nahhhh ini caranya..
cr : pic |
Terima kasih banyak2 kepada yang berjaya mengeluarkan list ini. Semoga membantu perempuan di luar sana yang berazam untuk khatam Quran pada Ramadhan kali ini. Mayra pon berniat nak khatam sekali lagi bulan ni. Ramadhan lepas tak berjaya, harap2 Ramadhan kali ini berjayalah yer. Sama-sama kita doakan..
Oklah, roomate MAyra dah panggil Mayra nak pergi Bazar Ramadhan.. Jom pergi sama-sama. Tapi jangan membazir tau!
Assalamualaikum..
XOXO
No comments:
Post a Comment