Thursday 24 December 2015

2 Minggu Posting Psychiatry



Assalamualaikum semua..

Lamanya tak update blog! Hidup ni busy memenjang. Exam is around the corner. Huuuu

Anyway, Maira baru sahaja mengharungi 2 minggu untuk posting psikiari. Sememangnya Mayra tersangatlah eksited dan menantikan posting kali ini sebab Psikiari merupakan salah satu sebab kenapa Mayra ambil degree Medicine. Memang dari dulu lagi Mayra bercita-cita nak sambung master dalam psikiatri. Minat orang kata. Tapi setelah 2 minggu dalam posting psikiatri ni, Mayra dah tukar fikiran. Psychiatry is totally no for me!!

Sungguh, Mayra tak sesuai dengan Psychiatry. Orang kata, kalau nak jadi doctor sakit mental ni, kesabaran kena tinggi. Nak cakap dengan patient kena lemah lembut, pandai memujuk dan SABAR! Mayra akui, 2 minggu ni agak stress bagi Mayra. Nak ambil history dari patient tersangatlah susah. Boleh makan masa 3 hari baru dapat full history, itupun belom tentu cerita dia betol.



Mungkin personality Mayra tak sesuai dengan posting psikiatri. Nampaknya cita-cita dah berubah. Hehe tapi kita tengoklah dulu keadaan in future. Well, Forensic is still in my consideration. Huhu