Wednesday 24 July 2013

IFTAR WITH MY MADU ~~~~> SARAH

Monday 8 July 2013

Berita Gempak untuk Peminat Running Man Malaysia!!!!!

Assalamualaikum guys..
Haaaa hari ini mayra ada satu announcement untuk korang semua terutama peminat setia RUNNING MAN, yang memang dari episode pertama sampai episode latest ni korang tengok.. nak tahu tak apa announcement nyer??? mari dekat sikit, baru jelas.. haha.. ini bukan rumours, ini bukan omong kosong.. ini reality!!!

Jeng jeng jeng... RUNNING MAN FAN MEETING akan diadakan di Malaysia!!!!! Excited kan... yeay!!!  
Pihak penganjur Big Pocket Group penganjur sudah pun mengesahkan pasukan Running Man bakal menemui anda semua dan dijadualkan berada di Malaysia pada 6 hingga 8 September 2013. Jadi siapa member running man yang akan datang.. Jeng Jeng Jeng.... Mereka adalah Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Haha dan Gary!!! 

Nah poster sebijik untuk korang..

Memilih Malaysia sebagai destinasi kedua selepas Hong Kong, RACE START! RUNNING MAN FANMEET IN MALAYSIA, memberi peluang kepada peminat untuk beramah mesra dengan selebriti rancangan realiti popular itu.
Peminat bukan saja berpeluang mendapatkan tanda tangan malah anda boleh bertemu dan bergambar bersama empat lelaki handsome popular  Running Man pada 7 September 2013 bertempat di pusat membeli-belah Kenanga Whole City (KWC), Kuala Lumpur.  Tiket terhad you alls.. 

Tiket-tiket akan mula dijual bermula 20 Julai 2013,  jam 11 pagi hingga 5 petang bertempat di level 15, Star Stage, KWC Fashion Mall. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.bigpocketgroup.com atau www.facebook.com/Bigpocketgroup88Online bookings on available via TicketCharge on 21 July 2013.


Harga tiket dan kelebihannya adalah seperti berikut: 
Pakej Premium RM689
Hi5 & Sesi Autograf
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad



Pakej VIP RM469.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad
Cabutan Bertuah - 20 Peminat berpluang menghadiri Sidang Media



Pakej RM369.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad


Pakej RM269.00
Beg Kertas RM edisi terhad
Poster RM edisi terhad


Pakej RM169
Poster RM edisi terhad 

Nampaknya setiap tiket ade kelebihannya kan.. so ini seating plan untuk fan meeting ni..


Jadi apa lagi!! Jom kita ramai2 dapatkan tiket untuk fan meeting ini.. ohye... ticket launch detail adalah seperti berikut..

Date : 20 July 2013
Time : 11.00 a.m - 5.00 p.m
Venue : 15th Floor. Star Stage, KWC Fashion Mall


I'm sure korang memang tengah excited sangat kan... dont worry, sempat lagi nak simpan duit.. hehe
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.bigpocketgroup.com atau www.facebook.com/Bigpocketgroup88.

Jadi korang boleh la practice lagu ji suk jin, cha cha chacha cha cha cha cha cha ch saranghaeyo ji suk jin. boleh la practise gelak macam haha, ataupon practise buat muka calm macam kang gary or boleh bina muscle cam kim joong kook..haha ok jumpa di sana!!  >.<
Assalamualaikum..