Friday 23 December 2011

KENAPA KPOP JADI PILIHAN??

Assalamualaikum. Hello. Annyong. Arigato. Kabare..
huhu... ape khabar semua... Sudah lame x visit Bling2 Pink ni.. Maklumla minggu ni busy sgt.... mcm2 yang kene settlekan.. acapella la.. assignment la.. kuiz lagi... omwork.. perghhh... mmg rase nak terjun jer dari bangunan blok ni.. huhu...

Btw... May mencoret blog kali ini bertujuan menjawab soalan kawan2 May yg selalu menyinggah di telinga ni.. (chewah ayat....).. May yakin, kalau korang pernah singgah blog ni, atau korang memang kenal May, korang akan tau yang May ni seorang KPOP lovers... Yes!!! I'm a kpop lovers.. Kpop? mende tu? rasenyer korang semua dah tau kan.. xperlu la May terangkan lagi eh.. tapi kalau korang still xkenal ape itu kpop, May sarankan korang Google jer atau search kat Youtube.. Dan ramai orang sekeliling May tnye. 'knp kau minat sgt dgn kpop ni?? macam kat malaysia ni dah xde artis yang kau boleh minat.. baik kau layang lagu Ingeris jer.. boleh improve language kau.. ape istimewa sgt kpop berbanding malay or amerika (ceh.. guna amerika teruss)..

Sunday 11 December 2011

cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!


Assalamualaikum..
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.

p/s: jom check sma2 btul ta info nih(:

Saturday 3 December 2011

Jatuh cinta?? Bahagiakah hati??


Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri.. Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita..

Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah jantuh cinta.. Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..

Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang tidak memerlukan sebab yang logik.. Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya.. Membuatkan lena tidak kunjung tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya…
Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta..

Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?

Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu..

Dan amat pedih dan perit, terasa ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta.. Tapi cinta itu terhalang dan terpaksa diputuskan atau dilupakan.. Ini mungkin kerana pelbagal halangan..

Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa? Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat.. Dan adakah mungkin masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang dan isteri orang?

Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..

Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..

Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya pabila jodoh itu bukan lagi realiti?

Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi..

Monday 28 November 2011

Sejuk perut mak mengandungkan adek...





Assalamualaikum... salam sejahtera dan Annyeong!!!!
Dah lama tak coret2 kat bling2 pink ni kan..huhu

Btw.. entry kali ini, juz untuk mengisi mase lapang yang ade... (erk? may ni ade mase lapang ke?)
emmm... juz want to share something.. satu malam pd mggu lepas, sbelum may naik bas untuk balik matrik, may sempat solat maghrib dan isyak di masjid Muhammadi kat kota bharu..

Ape yang buat may tersentuh bile ade seorang budak perempuan dalam lingkungan 3-5 tahun, turut serta berjemaah bersama kami.. mungkin dia hanya mengikut ape yang kami lakukan.. mungkin dia masih belum mengerti ape sebenarnya yang dia sedang lakukan.. tapi Alhamdulillah.. walau masih kecil, dia sudah berlatih untuk solat.. syukur kepada ibunyer, yang sedar akan kewajipannye untuk mendidik anaknya yg masih mentah untuk mengerjakan kewajipan sebagai umat islam...

Sunday 6 November 2011

Bahagianyer berada di rumah....

Assalamualaikum semua....... huh! rindu betul kat Bling Bling Pink Pink Mayra Hazim.... da lama an may x buat entry....

ha.. skrg ni may da ade kat umah kat kelantan.. bukan lagi di kolej... happy nyer... dikelilingi keluarga tercinta..
tgk kanan, nmpak kbmall, tgk kiri, dgr org ckp kelate, tgk depan, nampak kete no plat DA*****, tgk blkg???? JANGAN PANDANG BELAKANG!! huhu (entah pape ntah..)

Sebelum tu.. nak cciter ni.. dgr la... May baru jer abis exam sem1.. aigo...teruk rasenyer.. entah ape la result nyer...  (sedey..).. tp after exam, kite cube la kumpulkan buku2 yg ddigunakan seepanjang sem1 ni..maklumla, da xguna da an.. tp MAK AAIIII.. bapak banyak.. biler diukur, lbh tggi dari katil may..


lbh tggi dari katil an..

Sunday 23 October 2011

D ah Lama tak Buat Entry!!!!!

Assalamualaikum.. kabare sume.. chewah.. da pandai ckp jawa da skrg.. huhu.. Da lama may xbuat entry.. rindu sgt kat blog ni.. tp skrg ni bz sgt.. maklumlah final exam da nak dekat.. tp walaupun may xbuat entry, may ttap berblog walking jgk... suka sgt tgk blog org yang cantik2.. may tringin jugak nk hias blog cntk2.. tp may ni xkreatif bab2 hias2 ni.. lgpon may agak rabun IT skit.. bukan buta IT ek,tp rabun jer..huhu

OK3.....
actually may buat entry tgh2 malam ni (skrg ni dlm jam 12:40 pg), may nak share something.. td may ader pg outing ngan kawan2..pg pilah je la.. xpg jauh2.. tp biler pg ngan kwn2 yg tercinta (tira,tima,akma,kak ima dan nisa), rase happy sgt2..rase terlepas tension ni skit.. tp masa tgh taip entry ni, kaki tersangatlah lenguh.. maklumla satu k.pilah tu kiteorang pusing, shopping2. tp widow shopping je la.. skrg semua tgh kering.. duit elaun dah nak abis..huhu..

k lah.. xnak citer byk3.. ni may share gambar kiteorng..
















Saturday 1 October 2011

Cara2 cover malu....

1. kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan trus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde org nampak..

2. kalo terjatuh beskal: cepat2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya org ingat anda saje2 buat lawak...
...
3. kalo terjatuh tangga: trus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk halus...

4. kalo terjatuh dlm longkang: pungutlah sampah yg ada sambil marah2 dgn suara yg kuat, pasti org menyangka anda seorg yg amat prihatin terhadap kebersihan....

5. kalo jatuh ketika nk naik bas: jeritlah kuat2.."oi! apa tolak2 ni?" walaupun tiada org di blakang anda....

=)selamat mencuba,..

Couple??????????????


·                                 SEBELUM COUPLE :

Message ringkas al-kisah pasangan bercouple..

L: ye! abg dh lme tnggu saat nie!
...P: abg nk tngglkn syg ke?
L: mestilah x..?? tolong jgn fkir mcm 2.. xmngkin trjadi..!!!
P: abg cntakn sygkan?
L: ye..tiap hari..
P: abg prnh tipu syg x?
L: X! nape syg sllu tnye cm2?
P: abg akn selalu kluar dengan syg tk?
L: stiap kali ada pluang abg tk kan lepaskn..
P: abg akn pkul syg?
L: giler ke?abg bkn llaki cm2!
P: bleh ke syg prcyekn abg?
L: yaa!
P: syg!

SELEPAS COUPLE:
baca dari bawah hingga atas.. just for sharing.. ^_^ renungan bersama..

GiveAway by anis athia

Salam 3.. selamat pagi, selamat tengahhari.. ari ni 1st time may join GA...huhuhu

Friday 30 September 2011

Segmen : Saya Nak Baca Belog Awak

join lagi.. hehe.. sebenarnyer xde idea nak buat entry,.. lalalala

Wednesday 28 September 2011

myMetro | Ada apa dengan K-pop?

annyeong lagi.. huhu.. may terjumpa lg artikel psal kpop.. dia ader mention DBSK!!! huhu.. cara dia knal kpop mcam may.. melalui DBSK... dbsk hwaiting..!!!!!!



myMetro | Ada apa dengan K-pop?



PENANGAN drama bersiri Winter Sonata dan Autumn In My Heart yang pernah disiarkan di negara kita beberapa tahun lalu begitu hebat. Bukan saja di sini, malah drama itu berjaya mendapat tempat hampir seluruh dunia termasuk di tanah Arab.
Jika diimbas kembali, 'Hallyu' atau Gelombang Korea, istilah yang diguna pakai untuk menggambarkan pengaruh budaya pop negara itu di peringkat global dikatakan lebih dahsyat berbanding pengaruh industri hiburan yang dari Jepun, Taiwan, India mahupun Amerika Latin satu ketika dulu.

Pencapaian khalayak industri sana memperkenalkan budaya pop mereka yang merangkumi drama dan muzik membantu negara itu untuk terus dikenali sekali gus menenggelamkan budaya pop negara lain yang jauh lebih lama berada dalam industri. Susulan gelombang itu yang semakin membesar dan tidak diketahui sampai bila akan berterusan, ramai pihak mula memandang serius melontarkan pendapat melalui blog, akhbar, program bual bicara dan sebagainya. Rata-rata daripada orang dalam industri hiburan atau mereka sekitarnya.
Untuk membuka ruang yang lebih luas, SELEBRITI mengambil peluang menemui beberapa peminat yang sudi berkongsi pandangan mengenai budaya pop Korea yang menjadi sebahagian daripada diari kehidupan mereka.

Bagi Nadiah Tasin, 28, drama bersiri Winter Sonata adalah pencetus minatnya terhadap seni budaya Korea. Kemudian, secara perlahan dia mula jatuh cinta pada irama pop Korea atau lebih sinonim dikenali sebagai K-pop melalui grup terkenal negara itu iaitu DBSK.

"Oleh kerana minat dan sering menonton drama serta muzik mereka, saya mula mengikuti kelas asas bahasa Korea. Tujuan utama memang sebab minat dan bila menghadiri kelas saya dah mula faham sikit demi sikit bahasa dan budaya mereka.
"Bagi merasai keunikan budaya Korea, saya bercuti ke negara itu bersama keluarga sekitar 2007 dan lokasi paling utama pastinya lokasi penggambaran drama-drama popular mereka," katanya yang menyimpan hasrat untuk ke sana sekali lagi.

Pegawai bank itu turut berkongsi kisah betapa dia turut sanggup menghabiskan wang untuk ke konsert besar artis K-Pop seperti Jay Park, Beast, DBSK dan banyak lagi yang pernah diadakan di sini.
Ditanya mengenai keunikan yang terdapat di dalam drama Korea pula, Nadiah berkata, drama dari negara itu sangat berbeza berbanding drama terbitan Barat atau tempatan yang disifatkan tipikal.

Katanya, drama Korea banyak menerapkan nilai kekeluargaan secara halus, terutamanya soal menghormati orang tua. Malah jika ditonton dengan teliti, adegan percintaan antara dua insan juga masih mengekalkan adab ketimuran. Contohnya adegan bercium yang tidak keterlaluan, tidak seperti yang sering ditonjolkan Barat.

Pendapatnya turut dipersetujui rakan, Norhayati Ahmad Jufri, 30. Kata Norhayati, jalan cerita yang tidak klise diserikan dengan pelakon kacak dan jelita menguatkan lagi sokongan mereka terhadap drama keluaran negara itu.

"Mereka juga bijak menggunakan drama sebagai produk pelancongan sekali gus merancakkan industri hiburan Korea. Manakala lagu-lagu yang digunakan dalam drama mereka juga lebih 'catchy' dan dapat diikuti semua orang.

"Sekiranya didengar teliti, irama K-pop berbeza dengan irama J-pop (Pop Jepun) atau irama pop lain," katanya yang menyifatkan biarpun budaya pop mereka menjurus kepada hiburan, pendekatan yang digunakan tidak jauh daripada budaya Asia yang tinggi nilai budayanya.

"Unsur seks, ganas yang terdapat dalam drama mereka tidak melampau malah masih boleh ditonton seisi keluarga. Mesej yang cuba disampaikan juga berkesan dan kena pada situasi semasa," kata Norhayati.

Lebih unik, kehadiran teman lelaki berbangsa Korea menambahkan keinginannya untuk mendalami budaya bangsa itu. Katanya pada mula pertemuan dengan teman lelakinya itu tidak berkaitan dengan fenomena Hallyu tapi tatkala menjalin hubungan, dia mula mengikuti pelbagai aktiviti berkaitan Korea.

Antaranya, menyertai sebuah kelab berasaskan peminat Korea yang dikatakan kini mencecah seribu ahli seluruh negara. Kelab yang dianggotai kedua-dua wanita itu sering mengadakan pelbagai program berkaitan budaya Korea. Ia termasuklah daripada segi hiburan, sukan dan pelancongan.

"Bagi kami, fenomena K-pop akan berterusan dan mungkin mengambil masa yang lama sebelum ia surut. Apatah lagi adab budaya timur serta sokongan padu daripada kementerian di negara mereka, gelombang Korea pasti terus berkembang," kata Norizan Ramli, 27, pula.

Norizan menyarankan agar elemen positif yang terdapat di dalam setiap drama dan muzik mereka dijadikan contoh warga hiburan tempatan untuk terus menghasilkan karya yang dapat diterima semua.

Bukan menuduh drama dan muzik tempatan tidak berkualiti, wanita itu berharap penerbit tempatan sokongan daripada semua pihak amat penting untuk terus menaikkan status hiburan tempatan ke peringkat global, seperti yang dilakukan pihak berwajib Korea.

"Contoh drama tempatan yang dilihat seakan sinonim dengan budaya Korea ialah drama bersiri Nur Kasih. Drama itu bukan saja memiliki jalan cerita yang berbeza, malah penonjolan beberapa lokasi menarik di negara kita menambat hati untuk lebih kenal diri sendiri," katanya yang berharap lebih banyak produk seperti itu dapat dihasilkan warga seni tempatan.

Tatkala mendengar hujah dan pendapat mereka, disimpulkan bahawa banyak perkara logik yang positif dapat diguna pakai warga kreatif dan pihak berwajib. Biarpun industri seni kita sudah mula menunjukkan perkembangan sihat, pengaruh luar yang disifatkan negatif selama ini patut dilihat semula sebagai sumber idea baru.

myMetro | K-Pop tawan Asia

 ANNYEONG!!!! huhu suka sgt bile bace artikel ni kat metro  27 sept 2011.. support kpop!!!



myMetro | K-Pop tawan Asia


KINS Wu tahu apa yang dicarinya ketika membelek sampel warna rambut di cawangan salun rambut Korea di Manila. “Saya mahu warna coklat yang sedikit keperangan, macam rambut Sandara,” kata pekerja hotel berusia 22 tahun kepada kakaknya, merujuk kepada rambut seorang anggota kumpulan 2NE1, Sandara Park.

Seperti di negara Asia lain, budaya Korea Selatan juga popular di Filipina daripada muzik, drama televisyen hinggalah kepada fesyen dan kosmetik. Ia menarik minat ramai penduduk Filipina yang dulunya ‘terikat’ dengan muzik pop Amerika Syarikat (AS) dan filem Hollywood.

Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak menyifatkan ‘K-Pop’ adalah antara pencapaian luar negara terbaik bagi Korea Selatan dan kerajaannya mengadakan indeks ‘Gelombang Korea’ bagi mengetahui apa yang boleh ‘dijual’ untuk meningkatkan populariti negara itu.


Tahun lalu Taiwan mendahului senarai ‘pembeli budaya Korea’ dan menyingkirkan Jepun ke tangga kedua. China, Thailand dan Vietnam juga termasuk dalam senarai berkenaan.

Menurut Yayasan Pertukaran Budaya Antarabangsa Korea, Malaysia akan dimasukkan ke dalam senarai berkenaan tahun ini dan Filipina pula pada awal 2012.

“Korea Selatan membuat�kan ramai golongan muda di seluruh dunia menggilai K-Pop,” kata Lee dalam ucapan memperingati pembebasan Korea Selatan daripada pemerintahan kuku besi Jepun pada 1910 hingga 1945 pada 15 Ogos lalu.

Fenomena dikenali sebagai ‘Hallyu’ di kalangan penduduk Korea Selatan ini bermula dengan siri drama televisyen yang sentiasa meniti di bibir penonton Asia dari semua peringkat umur.

Ia disusuli muzik K-Pop - dipakejkan dengan gerakan tarian menarik yang kini menjadi ikutan remaja dari Beijing hinggalah ke Bangkok.

Kejayaan itu bukan berlaku tidak sengaja. Korea Selatan membangunkan keseluruhan industri seninya dengan mencari pelakon dan penyanyi yang kacak atau jelita dan melatih mereka menjadi bintang. Setiap gerak geri artis dibentuk dan diperhatikan, malah penampilan mereka juga sentiasa diutamakan.

Bukan setakat itu saja, mana-mana artis berbakat akan digabungkan dalam satu kumpulan contohnya TVXQ dan 2PM; untuk dibimbing supaya mereka boleh memasuki pasaran antarabangsa.

Muzik Korea Selatan sebenarnya dihasilkan berdasarkan muzik pop AS dan Eropah, tetapi ia diberikan sentuhan yang lebih segar dengan persembahan, warna rambut terang dan fesyen yang boleh menarik golongan muda Asia, kata pen�syarah Universiti Filipina, Profesor George Fabros yang mengajar di Korea Selatan pada 1990-an.

“Mereka dilatih beberapa tahun sebelum kemunculan pertama di khalayak ramai dan untuk setiap album, ada konsep berbeza supaya peminat tidak jemu,” kata Daren Lazaro, 20, pelajar pengurusan di Manila.

Ia juga membuatkan artis dan jalan cerita drama Korea Selatan berbeza dengan negara lain. Namun kekurangannya ialah ia mungkin menyekat kreativiti individu, tetapi rating TV, jualan video cakera digital (DVD) dan jeritan peminat di mana-mana konsert K-Pop membuktikan formula itu memang berjaya.

Hampir semua saluran utama televisyen di Taiwan menayangkan sekurang-kurangnya dua siri drama Korea dan program video muzik K-Pop terkini pada waktu perdana.
Bagi stesen televisyen, lebih murah membeli drama Korea yang popular daripada menghasilkan program sendiri - yang belum tentu mendapat sambutan.

“Penghibur Korea mempunyai bahasa badan yang sangat baik untuk berlawak, malah mereka juga mengelak daripada meng�gunakan bahasa yang kasar, tidak seperti program terbitan Taiwan,” kata Vivi Ko, kakitangan kerajaan yang belajar bahasa Korea.

Jeritan peminat ketika konsert K-Pop adalah perkara biasa. Peminat Thailand contohnya bukan sekadar menjerit, bahkan menjulang sepanduk berlampu yang dibuat sendiri. Artis Korea pula menandatangani pelbagai produk termasuklah gula-gula dan skuter yang disasarkan untuk kanak-kanak dan remaja.

Di Filipina, tema drama Korea Selatan yang mementingkan kasih sayang keluarga, percintaan dan hakikat kehidupan membuatkan penonton terpaku di depan televisyen.

Drama Korea dialih ke bahasa Tagalog, malah wataknya turut diberikan nama seperti orang Filipina. Apabila pelakon terkenal Kwon Sang-woo melawat Manila beberapa tahun lalu, peminat memanggilnya dengan nama ‘Cholo’ - nama Tagalognya dalam drama Stairway To Heaven.

Selain itu elemen eksotik - latar belakang atau persekitaran di Korea Selatan, sama ada jambatan bercahaya yang merentasi Sungai Han atau kelopak bunga sakura berguguran - sangat menarik hati penonton Filipina.

Penulis Sparkling, majalah yang dikhususkan untuk K-Pop, terbang ke Seoul awal tahun ini untuk mencari dan melihat sendiri ‘lokasi panas Hallyu’ bagi memudahkan pelancong Filipina yang mahu melancong ke negara artis kesayangan mereka.

Kegilaan ini juga merebak ke negara lain. Remaja Thailand yang mahu kelihatan seperti orang Korea membeli produk kosmetik dari Korea Selatan. Antara yang popular ialah kanta sentuh yang boleh membuatkan mata seseorang nampak lebih bundar, seperti wajah comel dalam karektor kartun komik Jepun dan Korea.

Yoon Kyung-yeon, pendandan rambut Korea yang bekerja di Manila berkata, kini ramai pelanggannya mahukan gaya rambut pelakon wanita Ha Ji-won selepas drama Secret Garden ditayangkan di Filipina. Manakala lelaki Filipina pula mahukan potongan seperti rambut Lee Min-ho yang popular menerusi drama Boys Over Flowers.

Christine Rodriguez, 24, penganalisa media sosial di Manila berkata dia dan kawan-kawan akan berjumpa satu atau dua kali sebulan untuk ‘noraebang’ atau karaoke dalam bahasa Korea.

Tidak boleh bercakap dalam bahasa Korea bukan penghalang untuk mereka menyanyi dan meniru gerak tari penyanyi kumpulan TVXQ. Biasanya perjumpaan mereka akan diakhiri di restoran Korea yang terletak di sebelah pusat karaoke untuk menikmati snek ‘gimbap’ (nasi gulung) atau ‘ddeokbokki’ (kuih beras dalam kuah pedas), makanan jalanan yang popular dan sering dipaparkan dalam drama Korea.

Rodriguez menganggotai kelab peminat TVXQ yang kini ada 1,000 ahli. Kelab ini antara lebih 40 kelab yang menyertai Persidangan K-Pop Filipina kedua tahun lalu. Ia dihadiri 5,000 peminat dan lebih 60,000 suka dengan halaman khusus untuk K-Pop di Facebook.

Katanya, jumlah peminat K-Pop itu melonjak daripada 50 orang yang ditemui dalam forum sembang dan kumpulan e-mel pada 2001.

Miki Acuna, 21, lulusan kejururawatan dari Manila sanggup terbang ke Thailand dan New York untuk menonton konsert TVXQ. Katanya dia suka semua aspek mengenai TVXQ dari segi lagu, nyanyian, tarian, gaya dan penampilan kumpulan itu.

“Golongan muda hari ini mencari penampilan yang baru dan ranggi,” kata Schedar Jocson, pensyarah Universiti Filipina yang menulis kertas kerja mengenai pengaruh K-Pop di negaranya.

“Mereka mencari identiti sendiri atau tempat untuk bertapak. Baik program televisyen atau muzik pop, ia memberikan golongan muda sesuatu yang membolehkan mereka lebih menonjol dan bereksperimen berbanding rancangan terbitan tempatan,” katanya. – AP

"Jom tambah follower".

huhu.. skrg ni may slalu sgt join segmen2 camni.. sbb ape? sbb may still freshie dlm dunia blog ni.. so hope may dpt menambah kenalan kat sini.. peace....

Sunday 25 September 2011

"SEGMEN JOM KENAL BLOGGER MALAYSIA"


pg ni may join segmen jom kenal blogger malaysia bersama Blog Cik Lyeen.. salam perkenalan sume...

Cabaran memiliki Pakwe Ensem

sAlam 1 malaysia.. ari ni pg2 lagi da ada entri nk share.. em may ade ter bace satu article ni.. cabaran ade pakwe ensem huhu.. suka dgn tajuk ni.. antare nyer..


Pakwe Jadi Rebutan

Walaupun dia merupakan teman lelaki anda, tapi tak bermakna anda dah selamat. bak kata orang, yg kahwin pun boleh bercerai, inikan pulak baru ada title pakwe-makwe. daring betul.. bila berjalan sebelah2 pun ada lagi mata yg berani pandang. yg tak bestnya, ada jugak yg berani main mata depan anda walaupun dan sah2 anda teman istimewanya. ish, naik angin jadiknya!

Pakwe Pasang ‘Spare-Tyre’
Ini yang paling menakutkan.. memang dia sayang kat kita sepenuh hati tapi dalam diam dia tetap keluar dengan perempuan lain. Hati siapa tak panas? bila kita meradang, dia kata kawan biasa la, kita ni terlalu cemburu la.. kononnya tak adil bagi dia kalau dah jadi pakwe kita, dia dah tak boleh berkawan dgn org lain. nak tak nak, kena la bersabar…

Godaan Member Sendiri
Jangan senang sangat percaya walaupun best-friend sendiri. Jangan tak percaya kalau ada di kalangan kawan rapat kita sendiri menaruh hati pada teman lelaki kita. Jadi jangan bagi ruang utk mereka membuat langkah pertama seperti, ceritakan setiap masalah kepada mereka ni. silap haribulan dia cucuk jarum dlm diam, ye la..dia tau apa yg pakwe kita suka, tak suka… bila ada peluang, mereka pulak nanti yg cuba menggoda pakwe kita dgn membuktikan bahawa mereka lebih tepat utk dijadikan makwe dibandingkan dgn kita.

Sentiasa Ingin Nampak Setanding
Pakwe kita kacak, tapi kita pulak tak ada la cantik sangat. Jadi, setiap kali berdampingan dengannya, kita berusaha sedaya upaya utk nampak sama hebat dgnnya. Kadang2 tu sampai menimbulkan tekanan emosi pulak sebab sentiasa nak jaga penampilan diri sendiri bila di sampingnya, tak nak org kata “pakwe hensem, awek selekeh”.

Rasa Sangsi
Perasaan kita selalu tak tenteram mengenangkan pakwe lebih2 lagi bila setiap kali dia tak ada depan mata. Walaupun dia mmg setia dan tak pernah curang, tapi rasa sangsi dan cemburu tu tetap ada. Yelah, takut dia beralih arah, jadinya, kita pun cemburu buta atau ‘queen control’. Kalau boleh apa saja aktiviti atau destinasi yg dituju mesti nak tau. Kalau boleh 24 jam sehari, 7 hari seminggu nak ada sebelah dia.

Sindiran
“Eh, tak padan langsung”, mesti ada yg jeles dan menyindir, kata kita tak sepadan dgn pakwe kita sendiri. kita pun sakit hati, jadinya, bergaduh la tiap2 hari… bila pakwe kita punya pujukan nak meredakan marah kita tapi kita dengar mcm nak sebelahkan org yg menyindir tu…
 
 
So the conclusion, jgn cari pakwe ensem? huhu. xla.. itu depends on org tu sendiri la.. macam may mmg xnak pakwe ensem.. bahaya.. lgpon may bukannyer cantik... rase nyer xsesuai kot bercinta dgn org2 ensem ni....bg may cukup la sedap mata memandang, baik budi bahase, dan pandai buat may ketawa? ada x?? sekarang ni masih mencari.. huhu.. k la, may berundur dulu k.. 
Assalamualaikum...

Saturday 24 September 2011

Dbsk Rising Sun Parody

ANNYEONG!!!!!! haaa ari ni ada something interesting may nak share... semalam ade tgk video ni..kelakar mmg kelakar.. RISING SUN PARODY... rasenyet korg kena tgk la.. jari may penat nak taip... jom......


Bila Haiwan ade Facebook

Kelakar kelakar kelakar..
Pernah anda terfikir ...??
Kalau binatang ada facebook, agak-agak apa status mereka?

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…

... CICAK : isteriku tersepit pintu!

KUCING BETINA: “Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

AYAM : Kawan2…kalu esok guwa tak update…bererti guwa dah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

KUCING: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

BABI : Aku bengang btol la...dia gi pijak taik kucing tapi nama aku yang
disebutnya...wei bro! len kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw...tension..!!
 
suka sgt dgn ni.. nsb baik la dorg xde fb an..huhu

Thursday 22 September 2011

Xiah Junsu become A man...!!!!!!!

IN HEAVEN


Annyeong!!! ape kabar sume.... emm ari ni nak cakap ape ek..? emmmmmm fikir jap.. haaa!!!! korang mesti da tau kan.. dah tgk tajuk, dah tgk video ni mesti da dapat agak ape yang may nak share ari ni.....


ectually may baru download video ni semalam... 1st time may tgk, ape yg may rase.." wahh!!!! xiah junsu dah berubah!!" memg impressed giler la kan... dalam video ni, xiah bukan je da jadi 'man', tp muka dia pon da bulat.. dah berisi la.. emm xiah juga nampak sweeet sgt dalam ni.. mmg Xiah junsu totallly da berubah la.. tapi untuk dia jd watak hero dalam drama, rasenyer x sesuai lagi kot... cuz dia ni cuteeeee  sangat... jadi org comey2 blh la.. huhu

Wednesday 21 September 2011

Lai, friends in memory..

Hello hello.. em da lama kot  update.. ade la kire2 dalam........3 hari!!! haha..

emm, ari ni may nak share tntang seorang sahabat ni.. his name is Lai Chun Hoe ( xtau la btul ke tak ejaan name die ni..huhu.. sory lai if i mistake) kite panggil dier lai.. em 1st time may jumpe dia mase pemilihan PRD (pembimbing rakan sebaya).. mase tu may x ambik tau sgt psal die.. tapi, pd hari tu, kami ditakdirkan brada dlm satu group.. haaaa dari situ la may kenal die.. may igat an dia ni same cam chinese yang laen.. but he is totally different with others.. dia peramah ngan semua orng..

May mule rapat dgn die masa biler ek..?  haaaa.. masa dia tegur may.. mase tu may jalan nk pegi tutor.. biase r.. may kalu jalan mmg x nampak orang, rabun punyer pasal.. alih2 si lai ni tegur may.. kite pon "oh lai.. how r u..".. haa.. dari situ la kite rapat..lgpon kiteorang sebenarnye satu kuliah.. so slalu la jumpe.. kalu jumpe i lambai u, u lambai i.. haha.. em sebenarnye lai ni mmg macam ni.. dgn sume orang dia mcm ni.. huhu

emm may nk citer ag.. pada 16 julai 2011 ari tu, kami Prd sume ke kursus kepimpinan kat MSU.. and skali lagi kami ditakdirkan duduk dalam satu group.. huhu.. ni antara gambar may dgn die..
                             bunga tu pinjam jew.. ambik gambar tuk kenangan.. ramai ckp cam couple.. ye ek..?no la...huhu
                      
akhirnye group kiteorng brjaya dpt tmpat ke-3.. ps: yg bju merah @ tdg merah jew group kiteorg k..






ok.. tu mase kat Msu.. smbung ag kisah lai.. mase tu Prd buat majlis berbuka puase kat kolej.. majlis tu at 19/8/11.. si lai ni pose ugak.. tp separuh ari je la.. tu pon da bangge daa.. isy3.. ok satu ag kebetulannyer, kitaorg same2 pakai bju warne pink.. ape ag.. snap gambar r..

baju melayu tu pinjam katenyer.. huhu







tp.. yg menyedihkan pd 6/9/11.. mase tu may tgah study kat OSC (one stop centre) kat kolej.. haaa.. mase tu la lai dtg jumpe may dgn muke yg sedih.. may tnye knp? tp die diam jew.. lepas tu bru dia bg tau yg ari tu last day dia ade kat kolej ccuz dia akan pergi utp kat perak.. aigoo.... sedihnyer.... dia pon nmpak sebak..  and buat kali terakhirnyer, kite snap ag gmbar same2..

tgk muka senyum x ikhlas.. sedey..

and mase tu la the last time may jumpe dier... sekarang mgkn lai da bz study kat sane.. gud luck lai.. hope u brjaye kat sane.. u r the one of my fren in memory..

The end..

Saturday 17 September 2011

my first video released!!

Annyeong!!! happy happy happy!! akhirnya siap ugak video ni.. da lama da buat, tapi ari ni baru terbuka ati nak upload.. hope u like it.. kamsahamnida..

Friday 16 September 2011

TVXQ Profile, Awesome!!!



About Yunho

Jung Yunho


Bio:
Yunho was the second member added in the group. He is also the second oldest. He got his spot in TVXQ by winning a dance competition. He trained at SM Academy for 4 years before he debuted with Tong Vfang Xien Qi. Before joining TVXQ he was a rapper and a backup dancer for the K-Pop singer Dana. He has been a background dancer for several other Korean artist and a few Chinese artist. Yunho is the leader of the group. He choose his stage name, U-Know. It was created from his Korean name Yunho. It was intended to mean “Yunho knows you” in regards to understanding the other members of the group.

Stats:
Stage Name: U-Know Yunho
Real Name: Jung Yunho
Birthday: February 6, 1986
Birthplace: Gwangju
Position: Baritone
Religion: Catholic
Blood Type: A

Random Facts:
-Gets embarrassed easily
-Has a younger sister






-Ambidextrous
-Very competitive
-Likes to read comic books
-Likes a girl who can LEAD him… and girls who wear hats.
-Likes a girl in pants… gives him a clean feeling
-First kiss in 12th grade
-Sleeps diagonally






About Changmin

Shim Changmin
Bio:
Changmin is the youngest member of TVXQ. He was the fourth member added to the group. He, like several other members, got his spot secured in the group by winning first place in a contest. He wowed the judges of the contest with his powerful voice. He was training at SM Academy for 2 years prior to his debut. He was training to be a solo artist. His stage name is Choikang Changmin. In Korea, Choikang means “the best”. That’s why his English counter part is Max, short for Maximum.
Stats:
Stage Name: Choikang Changmin (Max)

Real Name: Shim Changmin
Birthday: February 18, 1988
Birthplace: Seoul
Position: Tenor
Religion: Buddhism
Blood Type: B

Friday 2 September 2011

CNBLUE Intuition translation




Romanization

Uh come on yeah

Naega nal ddeonal georan jikgami wa (Don't give up)
Jakkuman ireon jeoreon pinggyaedeulman (Don't give up)
Neukkimi dallatdeon ssaneulhan Bye Bye (Don't give up)
Nan bonael su eobseo (Because I love you)

Narul saranghanda hal ddaen eonjego ijae waseo Why you say goodbye
Idaero bonael sun eobseo (because I love you)

Iyuh anin iyuro
Narul ddeonagaryeo hajima

Please don't go go go jebal ddeonakajima
Hanbeonmanirado nal dorabwajullae
Please don't go go go seulpeun insanun shireo
Neol saranghanikka dashi dorawa

Step by step one two three Dipdi daridu
Gingin shigandeuri neorul jiweogagettjiman
Step by step one two three Dipdi daridu
Nan haru haruga gotongilgeoya

Neowa nan kkutiranun jikgami wa (Don't give up)
Jakkuman ireonjeoron jjajungdeulman (Don't give up)
Gihweeman yeotboda chagaun Bye Bye (Don't give up)
Nan bonael su eobseo (Because I love you)

Geojit gateun sarangi
Jeomjeom narul apeukeman hae
Please don't go go go jebal ddeonakajima
Hanbeonmanirado nal dorabwajullae
Please don't go go go seulpeun insanun shireo
Neol saranghanikka dashi dorawa

Step by step one two three Dipdi daridu
Gingin shigandeuri neorul jiweogagettjiman
Step by step one two three Dipdi daridu
Nan haru haruga gotongilgeoya

Uh nae ibsureun ibyeoreul malhagil wonhae
Nae nunbicheun narul piharyeogo manhae
I ready know nan ajuh jikkamjeokeuro (I don't wanna say goodbye)
Don't say goodbye ibyeoreul malhajima
Don't say bye bye narul ddeonajima
Sarangeul ddeonaseo naran saramaege ireojima (Because I love you)

Don't say no no no nae nuneul pihajima
Han georeum han georeum wae meoreojiryeo hae
Don't say no no no keureon pyojeongeun shireo
Nunmullo ireohkae aewonhajanha

Please don't go go go jebal ddeonagajima
Don't break my heart Don't you break my heart
Narul ddeonajima yeah, still loving you

Please don't go go go seulpeun insanun shireo
Neol saranghanikka dashi dorawa

Step by step one two three Dipdi daridu
Gingin shigandeuri neorul jiweogagetjiman
Step by step one two three Dipdi daridu
Maeil maeili akmongilgeoya




Translation

Uh come on yeah

I get a feeling that you'll leave me (Don't give up)
You keep giving me all these excuses (Don't give up)
Your cold Bye Bye that felt different from before (Don't give up)
I cannot let you go (Because I love you)

You told me you love me but now, why you say goodbye?
I cannot let you go like this, never (because I love you)

Don't try to leave me
With only an excuse

Please don't go go go, Please don't go
Can you please look back at me just once?
Please don't go go go, I don't like sad good byes
Please come back to me, because I love you

Step by step one two three Dipdi daridu
Long, long times will erase you away
Step by step one two three Dipdi daridu
But each day will be a torture for me

I get a feeling that you and I are over (Don't give up)
You keep complaining about this and that (Don't give up)
A cold Bye Bye after waiting for the chance (Don't give up)
I cannot let you go (Because I love you)

This trashy love
Is hurting me more and more
Please don't go go go, Please don't go
Can you please look back at me just once?
Please don't go go go, I don't like sad good byes
Please come back to me, because I love you

Uh Your lips want to say good bye
Your eyes keep trying to avoid me
I already know through my intuition (I don't wanna say goodbye)
Don't say good bye, don't say good bye
Don't say bye bye, don't go
Don't leave love and do this to me (Because I love you)

Don't say no no no, don't avoid my eyes
Step by step, why are you trying to get farther away from me?
Don't say no no no, I don't like that kind of a look
I am pleading like this with tears

Please don't go go go, please don't go
Don't break my heart Don't you break my heart
Don't leave me, yeah, still loving you

Please don't go go go I don't like sad good byes
Please come back to me, because I love you.

Step by step one two three Dipdi daridu
Long, long times will erase you away
Step by step one two three Dipdi daridu
But everyday will be a nightmare

Thursday 1 September 2011

tvxq dont cry my lover translation

 actually, ni salah satu lagu kegemaran may.. mmg layan habis r lagu.. i like the meaning of the song.. thanx to jaejoong oppa cuz created this song.. eventhough tvxq skrg 3+2, tp may tvxq ttap di hati may n casiopeia yg lain.. so what ever pon, always layan lagu2 tvxq k...always keep the faith!!! jom dgr lgu ni.......





Don’t cry my love by jaejoong
(Sarangauljima)

nan jongmal gwaenchanhun gonji na boro gwaenchannnyamyo murobonun sarammajo
naega sulpo boina bwa hagin na nunmullo du soni bombogijanha
narul wihae to hullo naerinun bitmuri nae nun wieso bonjyo nol garyojul tende
saranga uljima nol deryogalji molla
ajikdo non namun giongmajo japgo itdongoya
*jamshi nunul gama nol saranghalkabwa nohaya doel noui sonul nochi mot halkabwa
naegero saranghanun bobul garuchyo jun no otoke ijoya hae jigumui nae mosup
onul to sure chwihae nege jonhwal goro yokshi non batji anha to uljanha
musun marul haennunji hotdoen soril hanji �emianhae�f ran mal jocha mothanun na
ajikdo naegeso domanggaryoni jabul su omnun kkumul jotushi do morojyoga
*Repeat
noege oton sarangi wado gidariltende pyonhi naega opda saenggakhae
nege haetdon uri yaksokgwa hamkke hajadon nunmurul ije boyo jul su isso
translations
Am I finally alright now? This is what they ask me,
I look so pained, my tears seep through my two hands.
When the tears that blind my eyes fall, I can see you clearly,
My love, don’t cry. I don’t know if I should take you away with me.
You still hold on to so many memories.
*chorus*
I close my eyes for a moment, I still love you so. I should give up, but I can’t let you go.
You taught me how to love. Now, how can I forget you?
Again, I’m drunk today. I call you but you don’t pick up. Again, I cry.
What did we say? Still those tedious words. I can’t even say the words ‘I’m sorry’.
What I have become, I cannot grasp the dream that is now distant.
*repeat*
The love that you have been waiting for, I cannot have.
The promise that we made, to shed our tears together…I can see them now.

Sunday 28 August 2011

Raye da ke..?

Salam hujung Ramadhan sume..

em.. sedar x sedar, mlm ni mlm last kite berterawih.. and its mean that esok last day kite puase.. Cepat sungguh masa berlalu.. macam xrase kepenatan brpuase sebulan ni..huhu

Tp ada satu masalahyer.. lusa da raye tp bju raye, kasut raya xbeli lgi... adoy.. and one more thing, omwork x siap ag..!!! sabo je la...

Tp raye ttp raye.. Kite xleh lpaskan peluang raye setahun sekali ni.. Bukan nyer ape, kite xtau samada kite ni msh berpeluang untk braye thun depen.. pnjg umo, kite jumpe lg dgn Shawal.. tp kalu x.. Wallahualam...

Ape2 pom... Selamat datang Shawal dan Selamat tinggal Raamadhan.. ku doakan moga tahun depan may dapat lg berpuase dan beraya lg.. Amin...
To my friends at KMNS,kite jumpe lps raye k.....
annyong,, assalamualaikum..

U-Kiss 0330 translation


Sebenarnye da lama may nak share benda ni.. Tp skrg bru ingat dan ada peluang.. Lagu ni best, makna nye pon mendalam.. conclusinye, lgu ni mmg terbaik lah.. kalu korang xpena dngar, moh ler kite dgr lgu ni smbil mghayati makna nyer..



(Eli) Yo listen up, this is my tragic story, just to break into my heart (check it)

(Hoon) I still cannot erase you
I keep thinking about you
I really miss you
(U-Kiss) I cannot sleep at all at night
(Hoon) The sound of the raindrops hitting on the window of my heart
The place that you left
I really miss you
(U-Kiss) And I cannot sleep at all at night

(AJ) The view of your back, leaving me on this rainy road
Because I couldn't do anything again,
I regret it again everyday. I'm sorry,
I pray, I want you to be back.
I can't. I can't stand it. I cannot stand a day without you.
My tears are falling again.
Will I be able to forget you ? When will I be like that till ?

(Soohyun) I still cannot erase you
I keep thinking about you
I really miss you
(U-Kiss) I cannot sleep at all at night
(Soohyun) The sound of the raindrops hitting on the window of my heart
The place that you left
I really miss you
(U-Kiss) And I cannot sleep at all at night

(Kiseop) Oh tonight again, tonight again, her

(Eli) I keep thinking of you at night, I cannot sleep
Why did I turn on this love show
The distance between us has increased
I was the servant of this love
Why did we fight ? Why were we like that ?
Did you lose the sight ? We used to be in love.
Why am I stuck in this moment ? The one I need is you, silly.

(Dongho) You, drooping your shoulders
You, taking a rest on the ground
You, hitting your chest in frustration
You, praying to the heavens with your hands clasped
I think of you getting up. Let's forget and erase all our bad memories.
(I'm sorry) How would you ? I cannot say anything besides 'I'm sorry'.

(Kevin) I still cannot erase you
I keep thinking about you
I really miss you
(U-Kiss) I cannot sleep at all at night
(Kevin) The sound of the raindrops hitting on the window of my heart
The place that you left
I really miss you
(U-Kiss) And I cannot sleep at all at night

(Kevin) Oh tonight again, tonight again, her

(Eli, AJ, Dongho) You and I, don't cut our cord.
Don't deny our r²π
Come to me, everything is fine now.
We will start everything over, over again.

(U-Kiss) I cannot sleep at all at night

(Hoon) I still cannot erase you
I keep thinking about you
I really miss you
(U-Kiss) I cannot sleep at all at night
(Kevin) The sound of the raindrops hitting on the window of my heart
The place that you left
I really miss you
(U-Kiss) And I cannot sleep at all at night