Thursday 24 December 2015

2 Minggu Posting Psychiatry



Assalamualaikum semua..

Lamanya tak update blog! Hidup ni busy memenjang. Exam is around the corner. Huuuu

Anyway, Maira baru sahaja mengharungi 2 minggu untuk posting psikiari. Sememangnya Mayra tersangatlah eksited dan menantikan posting kali ini sebab Psikiari merupakan salah satu sebab kenapa Mayra ambil degree Medicine. Memang dari dulu lagi Mayra bercita-cita nak sambung master dalam psikiatri. Minat orang kata. Tapi setelah 2 minggu dalam posting psikiatri ni, Mayra dah tukar fikiran. Psychiatry is totally no for me!!

Sungguh, Mayra tak sesuai dengan Psychiatry. Orang kata, kalau nak jadi doctor sakit mental ni, kesabaran kena tinggi. Nak cakap dengan patient kena lemah lembut, pandai memujuk dan SABAR! Mayra akui, 2 minggu ni agak stress bagi Mayra. Nak ambil history dari patient tersangatlah susah. Boleh makan masa 3 hari baru dapat full history, itupun belom tentu cerita dia betol.



Mungkin personality Mayra tak sesuai dengan posting psikiatri. Nampaknya cita-cita dah berubah. Hehe tapi kita tengoklah dulu keadaan in future. Well, Forensic is still in my consideration. Huhu

Sunday 22 November 2015

Rysya SkinCare : Che Ta's Beauty Secret



Assalamualaikum..

Siapa di sini ada masalah kulit? Dah cuba pelbagai product kecantikan tapi masih tak dapat kulit wajah seperti yang diimpikan. Pada masa kini kecantikan merupakan aset penting bagi setiap wanita. Kecantikan bagi wanita bukan hanya dari aspek luaran, malahan dari dalaman diri. Produk yang baik amat diperlukan untuk merealisasikan impian wanita untuk memperoleh kecantikan luaran mahupun dalaman.

Mayra akui, dulu Mayra sangat obsess dengan product make up, sebab bagi Mayra make up dapat tutup cela-cela di wajah. Segala parut, pori, pigmentasi semua kita boleh tutup dengan make up. Namun, sekarang mentality Mayra berubah. Sekarang Mayra focus mencari product kecantikan yang dapat merawat segala masalah kulit. Jadi boleh lah Mayra kurangkan penggunaan make up pada wajah Mayra, sebab make up ni boleh keringkan kulit kita. Tak nak lah bila kahwin nanti, suami cium kat pipi, tapi rasa bedak. lolss

Jadi Mayra sangat berhati-hati untuk menggunakan set penjagaan wajah. Baru-baru ini Mayra telah diperkenalkan dengan product terbaru dipasaran iaitu Rysya SkincareRysya Skincare merupakan set penjagaan kulit untuk yang mementingkan kesempurnaan. Produk Rysya yang telah dilancarkan ini adalah berkualiti tinggi ini setaraf dengan jenama – jenama terkenal yang lain dipasaran.



Produk Rysya Skincare ini telah dihasilkan melalui syarikat Thames Skincare Sdn.Bhd yang bernaung dibawah pengasasnya, Noorazlina. 



Dengan hasil penyelidikan dan kerja keras semua, produk  Rysya Skincare telah mula mendapat tempat di hati pengguna dan telah pun  memiliki 50 pengedar aktif di seluruh Malaysia.



Sewaktu Mayra mendengar perkongsian dari Puan Lin, Puan Natasha dan stokes-stokis Rysya Skincare ni, Mayra sangat jatuh cinta. Bagi Mayra, ini adalah salah satu product yang sangat sesuai untuk gadis-gadis (jejaka pun boleh juga tau) yang inginkan kecantikan kulit semulajadi.

Antara product-product Rysya Skincare termasuk:



LY Facial Cleanser
 


LY Facial Cleanser dirumus untuk membuat "pembersihan secara lembut" terhadap kulit wajah. Ia membersihkan segala kekotoran dan menjadikan kulit wajah lebih segar tanpa menganggu kelembapan semula jadi kulit. Ia tidak akan meninggalkan kesan kering setelah dibilas.
 
Cara penggunaan: Gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Letakkan cecair pencuci pada tapak tangan yang telah dibasahkan. Gosok kedua-dua belah tangan secara perlahan-lahan sehingga berbuih, kemudian sapukan ke seluruh muka dan elakkan terkena bahagian mata. Bilas sehingga bersih.
 
Kandungan: Vitamin C (agen anti-penuaan) dan Licorice (cegah pigmentasi. Antioksidan, anti inflamasi)
 
Kata Mayra : sebelum ni Mayra mencuba pelbagai cleanser. Dan LY facial cleanser ni sangat berbeza dengan cleanser yang Mayra guna sebelum ni. Baunya tidak terlampau wangi dan tak banyak berbuih. Untuk pengetahuan korang, bau sabun yang terlalu wangi dan buih yang banyak bermaksud product tu banyak bahan kimia (terutamanya Paraben). So LY Facial Cleanser ni eloklah sebab bahan dia banyak bahan semulajadi.
 
LY Facial Toner
 


Melindungi kulit, menjadikannya kelihatan berseri, lembut dan licin. Penggunaan Toner Muka LY yang konsisten membolehkan kulit wajah lebih tegang dan mengecilkan liang-liang pori. Mampu melembapkan kulit, memastikan ia sentiasa terhidrat dan memelihara kulit daripada menjadi kering. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif.
 
Cara penggunaan: Gunakan dua kali sehari. Sapukan pada waktu pagi dan malam selepas mencuci muka dengan Rysya Facial Cleanser. Elakkan terkena bahagian mata.

Kandungan : Phyto Placenta Extract (ekstrak tumbuh-tumbuhan dapat menenangkan kulit) dan Vitamin B3 (memutihkan dan meningkatkan ‘Vitality’ kulit dan memberi kelembapan kulit)

Kata Mayra : Mayra memang ada masalah pori yang sampai sekarang tak jumpa jalan penyelesaian. Apa yang Mayra perasan bila apply toner ni, pori-pori dah mula mengecil! Suka sangat!! Toner ni sesuai untuk semua jenis kulit tau! Kalau korang ada masalah kulit sensitive, korang jangan risau k.

Rysya 24K Gold Serum



Membantu merangsang regenerasi kulit. Melawan tanda-tanda penuaan secara semulajadi. Serum ini mempunyai manfaat untuk memelihara kulit supaya sentiasa terhidrat, meningkatkan khasiat dan mampu  mencerahkan  kulit serta dapat mencegah pertumbuhan jerawat. Ia juga dapat menguatkan sel-sel kulit.  Rysya  24K Gold Serum mengandungi lebih banyak bahan aktif berbanding dengan krim muka yang lain (hanya mengandungi bahan aktif sebanyak 3-5 peratus sahaja). Rysya 24K Gold Serum mampu menyampaikan kepekatan nutrien yang lebih besar bagi menembusi ke bahagian dalam kulit.
 
Cara penggunaan: Gunakan dua kali sehari. Sapukan pada waktu pagi dan malam selepas menggunakan Rysya Skincare Toner Muka. Urut dengan teliti ke seluruh kulit wajah
 
Kandungan : Pullulan (antioksidan) , Glycine Soja ( Soya Bean ) melindungi kulit daripada radikal bebas dan ejen anti-radang , Red Algae (membersih dan menyuburkan kulit) dan 24K Gold (meningkat dan merangsangkan peredaran darah)

Kata Mayra : So far, ni product Rysya yang menjadi kegemaran Mayra. Hehe Bau dia tak wangi tapi tak juga busuk. Bila Mayra apply serum ni pada wajah Mayra, dia cepat meresap dan tak rasa melekit. Bila pakai, rasa wajah ni fresh jer.

Rysya 24K Gold Miracle Cream



Rysya LY 24K Gold Miracle Cream mengandungi ramuan anti-penuaan unik yang telah dipatenkan. Ia mampu melambatkan proses penuaan kulit dan meningkatkan jumlah kolagen dan serat, menghalang kerosakan serat, melawan radikal bebas serta merangsang tenaga sel-sel untuk mengurangkan kedutan kulit. Penggunaan Rysya 24K Miracle Cream dapat membantu meningkatkan ketengangan, keanjalan dan kelicinan kulit.  Formula Vitamin C mampu menggalakkan aktiviti kulit supaya kulit menjadi lebih muda. Bahan-bahan di dalam produk penjagaan kulit Rysya membantu merangsang regenerasi kulit dan dapat melawan tanda-tanda penuaan secara semulajadi.
 
Cara penggunaan: Gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Tunggu sehingga 24k Gold Serum diserap sepenuhnya ke dalam kulit sebelum menyapu 24K Gold Miracle Cream. Urut dengan teliti pada kulit.

Kandungan : Red Algae (mengekalkan kelembapan semulajadi kulit), Soy Placenta Extract (mengurangkan kedutan) dan Virgin Coconut Oil (memberi perlindungan UV dan membantu masalah gangguan kulit seperti eczema)

Kata Mayra : cream ni tersangat bau wangi tapi taklah kuat sangat wanginya. I loikee..  cream ni pun sama, cepat meresap dan tak melekit. Bila apply cream ni, rasa lembut jer kulit wajah.

 Bird Nest Body Scrub

LY Bird’s Nest Body Scrub ialah sabun buku bukan alkali yang mengandungi "sarang burung Walet dan kolagen". Ia membersih, melembap dan mencerahkan serta menegangkan kulit badan untuk menjadikan kulit lebih muda dan sempurna. LY Bird’s Nest Body Scrub adalah formula unik dari THAMES SKINCARE dan sangat disyorkan oleh pakar kulit Rysya. Cubalah sendiri dan kongsikan pengalaman anda kepada kami selepas menggunakannya. Sesuai untuk kulit sensitif.
 
Cara penggunaa: Gunakan dua kali seminggu. Gosok sabun seluruh badan menggunakan bahagian yang lembut dahulu sebelum menyental menggunakan bahagian ‘scrub’. Bilas sehingga bersih.

Kata Mayra : mayra tak cuba lagi product ni so tak boleh nak kata apa-apa. Huhu InsyaAllah, next time Mayra cuba.


Mayra baru je pakai seminggu set produk Rysya Skincare ni dan Mayra tersangatlah suka dan berpuas hati dan gembira dan jatuh cinta sangat-sangat (banyak betul dia punya dan) dengan product Rysya Skincare ni terutamanya dengan Gold Serum tu.  




Setakat ni memang tak ada side effect apa-apa pada muka Mayra lepas guna. Kulit makin lembut adalah. Kawan-kawan pun tegur kulit Mayra nampak makin fresh. So, Mayra sangat rekemen pada korang kalau korang berminat nak cuba. Nanti boleh lah cantik macam Che Ta. Mana tahu boleh dapat suami handsome macam Zain pulak. hahaha



Kenapa Mayra sebut Che ta? Untuk pengetahuan korang, pelakon popular Rozita Che Wan merupakan pengguna product Rysya Skincare dan beliau juga merupakan Duta Product Rysya Skincare ini. Semua dah maklum yang Che Ta memang menitik beratkan kecantikkan diri. Tengok ajelah wajah dia, masih mengancam gitu.



Produk Rysya Skincare boleh dibeli terus melalui talian dan juga kedai-kedai terpilih diseluruh negara atau terus membuat pembelian ke ibu pejawat Rysya Skincare melalui talian  +603 7831 8669 dan +6019 738 8866. Harga produk Rysya bermula serendah dari RM25.00 hingga RM140.00 setiap satu.  

Puan Lin sebagai Pengarah Urusan Syarikat juga mempelawa semua yang berminat untuk menjadi rakan niaga Rysya Skincare bagi  menambah pendapatan disampingan sambil kekal menawan dengan kulit muka yang cantik menawan.



Kata Puan Lin : Tiada wanita di dunia ini yang tidak mahu kelihatan cantik dan kecantikan yang asli itu bukan sahaja dari kulit muka tetapi juga hati yang ikhlas bagi setiap apa yang dikerjakan, pasti dengan Rysya Skincare akan menambahkan keyakinan itu.

Ewahhh


Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal produk Rysya Skincare ni, korang boleh tengok dekat laman sosial dieorang dekat bawah ni:



Saturday 21 November 2015

2 Minggu Forensic Posting!!

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harapnya semua sihat-sihat dan berbahagia dengan insan tersayang di sisi. Siapa bahagia, senyum sikit….. haaa barulah cantik dan handsome semuanya.



Alhamdulillah, Mayra sekarang baru sahaja habis posting Forensic yang memakan masa Cuma 2 minggu saja. Seriously tak cukup. Sebab posting Forensic ni tersangatlah best!!

Dulu masa Mayra isi boring UPU dulu, Mayra ada isikan kos Forensic di USM, tapi tak ada rezeki. Rezeki lebih kepada bidang Medicine. Allah lebih tahu pasal tu. Huhu. Tapi walaupon tak dapat kos Forensic dulu (seyes sedih giler sebab tak dapat kos ni), sekarang ni Mayra berpeluang merasai dan kenal serba sedikit pasal Forensic. Yeayyyy!!

Langkah disusun ke bilik mortuary



Bila sebut saja Forensic, perkara pertama yang muncul dalam minda korang apa? Mesti a dead body kan? Ya memang betol!! Mayra dulu nak ambik forensic sebab nak perasan jadi macam dalam citer CSI tu. Siasat mayat.. Padahal diri sendiri lemah semangat tengok darah ni.

For me, Medicine and Forensic ni, sama tapi tak serupa. They linked each other. In medicine, we treat the disease, but in forensic, we encounter the dead body. Dalam forensic, mereka focus menyiasat sebab kematian, mekanisma kematian berlaku. Mayra nak cerita lebih-lebih pon tak berapa nak pakar, baru 2 minggu merasa kot. Tunggu Mayra specialised bahagian Forensic dulu ek..hehehe

Sepanjang dua minggu ni, kami berpeluang tengok autopsy 4 kali sahaja. Sedih sebenarnya, tapi nak buat macam mana, taka da rezeki. Masa kes pertama, Mayra hanya tengok dari luar bilik observation jer, maksudnya, ada cermin memisahkan bilik autosy dengan observatory room. First time tengok badan orang dipotong, dibuka, memang seram. Tapi nak tak nak, kita kena buat jugak.

Second case, Mayra terlibat sama dengan autopsy tu!! Kalau ikutkan hati, memang Mayra tak mahu, tapi sebab tak ada orang nak volunteer, so Mayra secara paksa rela menvolunteerkan diriku ini. Sobs…
Masa melangkah ke dalam bilik autopsy tu, we introduced ourselves and read the case’s note. Autopsy masa tu under Dr Amirul and team. Thankyu Dr Amirul and team (esp En Hassan, orang kampong den rupanya..) sebab layan kerenah kami dalam autopsy room tu. Macam-macam Dr Amirul soal kami pasal anatomy. Hahaha

Sepanjang autopsy dijalankan, Mayra cuba kuatkan hati. Rasa tak kuat bila tengok badan dibuka, organ dikeluarkan, darah dan bau (bau ni xleh nak describe mcm mana). Tapi paling tak kuat bila Dr Amirul cakap, “Munira, pergi timbang organ-organ ni semua,”. And I was lika, apa?? Timbang organ? Kena pegang fresh organ?? Tak pernah pegang lagi fresh organ, sebelum ni just pegang organ yang dah di awet untuk kelas anatomy. Nak tak nak, terpaksa buat juga. Feeling dia, peh peh peh. Tak leh nak describe. Partner Mayra awal-awal dah tolak. Hahaha

Lepas timbang semua, setiap organ tu akan di ambil sample untuk laboratory investigation. Then the autopsy done! Ambil masa almost sejam setengah. Lepas Dr Amirul end the session, cepat-cepat Mayra p salin surgical gown. Dengan darah terkena gown, rasa cam nak mandi kat situ jugak. Dekat 10 minit jugak lah Mayra basuh tangan. Padahal masa pegang organ tu, pakai surgical gloves kot. Hahaha

Baru habis bedah mayat


Bagi Mayra, 2 minggu sangat tak cukup. I want Forensic posting to be extended!! Best sebab doctors for forensic best..hehe dengar cerita dari prof Nasimul, pengalaman dari Dr Razuin and tutorial dari prof Shafi make Forensic posting more interesting.



Masa minggu pertama masuk Forensic, Mayra bersyukur sebab tak dapat masuk kos forensic dulu. But now, I’m considering to do Master on Forensics!! Hahaha (of course lepas abis degree and housemanship lah)

For next 2 weeks, Ophthal posting!! Kita focus bahagian mata pulak!


Tuesday 10 November 2015

Mayra Turns 22!

Assalamualaikum semua ~ Apa khabar? Harapnya semua sihat-sihat belaka dan berbahagia bersama insan tersayang di sisi. Siapa bahagia, senyum sikit ~ Haaa barulah cantik dan hensem semuanya.. Hikkss

So finally Mayra turns 22!! *singing Taylor Swift 22* haha Nampaknya adik dah tua. Sobss. Alhamdulillah, bersyukur kpd Allah sempat merasa kehidupan selama 22 tahun ni. Rasa awkward pulak bila fikir balik, aku dah masuk 22 tahun ni. Masa depan tak berapa nampak lagi. Dulu target kahwin umur 23 tahun, maknanya, aku ada masa satu tahun lagi lah nak cari calon. Mak aiiii mana nak cari oiii... Takpe lah, kita naikkan target dari umur 23 ke 25 tahun. Hahaha suka hati kau jer.

Birthday tahun ni tersangatlah berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Apa yang bezanya, tahun ni dapat menyambut! Tahun sebelum ni tak dapat nak sambut sebab birthday selalu clash dengan exam. Sadis betol hidup. Yang lagi berbeza, sebab mayra dapat sambut dengan my Beloved mama of kos dan sepupu mayra.




Apa yang penting, Mayra nak ucapkan terima kasih kepada semua yang wish selamat kat Mayra. Ada yang tak sempat Mayra nak reply, ampun maaf ya~~ Semua doa-doa tu mayra aminkan dengan senyuman yang menawan.. ewahh its really made my day, seriously..




Alhamdulillah, thankyou Allah for this gift - reaching this age happy, blesses and contented..Allah might not give me all that i wanted, bu He sent me all that i need!! Alhamdulillah.. Thanx to my family n frens who stayed with me, loves me for who i am, remain with me despite of my weakness n clumsiness...haha

And thousand of thanks to my always young mama, for giving me birth last 22 years ago.. i know it was really hard! Thankyu for ur selfless love, its a give i appreciate every day.. this is ur day, actually... Thankyu mama, keknis, kuana n rumates yg celebrate sama2 hari ni..

Oh ya, untuk birthday mayra kali ni, mama telah menempah Pavlova. Selalu sangat makan kek, apa kata kita makan pavlova pulak tahun ni..hehe..







Seriously, pavlova ni sedap gilerrr.. Manis dia cukup, ditambah pula dengan buah-buah atas pavlova tu, perghhhh sedap giler. Lepas ni confirm kena order lagi walaupon bukan waktu birthday. hehe. Oh Mayra tempah pavlova ni dari Aarniarecipe. Korang boleh terjah instagram beliau sebab akak ni terima tempahan lain jugak tau. Macam-macam kek akak ni boleh buat.

And, masa tengah celebrate tu, tetiba sepupu Mayra muncul bawak satu lagi kek. Terkejut betol. Pandai dia buat surprice. haha Memang hari ni, kami semua kena Diabetes. Yelah, 4 orang makan dua bijik kek. Pengsan. Anyway, thankyu kak Anis belanja kek ice cream ni. sedap sangat~




Anyway, again, thankyu so much for all the wishes and gifts..Semoga tahun ni gives a new better life for me.. ahakss!!


** yang buat birthday tahun ni lagi berbeza, hati ni tak mengharap orang tu wish kita sbb kita dah boleh move on..huhu

Saturday 7 November 2015

[Review] Abang Strawberry

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harapnya semua sihat-sihat dan berbahagia dengan insan tersayang di sisi. Siapa bahagia, senyum sikit….. haaa barulah cantik dan handsome semuanya.


Tumpang lalu~~


Baru-baru ini Mayra teman mama pergi Cameron Highlands. Mengidam nak makan strawberry fresh kata mama. Kami sampai puncak Cameron dalam pukul 5 ptg. Lepas check in hotel dan solat, terus kami pergi ke Pasar Malam Brinchang. Mama memang eksited dapat beli stroberi. Lagi eksited bila dia dapat petik sendiri strawberry tu. haha

Nak dijadikan cerita, masa tengah jalan-jalan di Pasar Malam Brinchang, tetiba ada seorang akak ni, panggil. Minta rasa sambal ikan strawberry katanya. I was like, sambal ikan masin campur dengan strawberry?? Biar betik? Macam pelik jer kombinasi tu. Anyway, Mayra rasa juga lah. 




First time masuk mulut, peh peh pehhh.. Sedapnya~~~ rasanya macam sambal ikan bilis biasa, pedas, dan yang peliknya, setiap kunyahan tu korang dapat rasa manis-manis strawberry. Unik kan! Serious Mayra suka. Terus grab bawak balik Selayang. haha My housemates pon suka tau! Kejap jer tetiba dah kosong dahh botol Abang Strawberry kita.




Resepi istimewa sambal tumis di masak dgn ramuan utama buah STRAWBERRY dan IKAN MASIN TALANG.
Produk sambal strawberry ikan masin mempunyai 2 resepi rasa :
🔥Original
🔥Extra Hot

KELEBIHAN SAMBAL ABANG STRAWBERRY!!
🔥Produk Muslim
🔥100% ASLI dari CAMERON HIGHLAND
🔥Buka saja botol dan terus makan
🔥Mudah untuk bawa ke mana sahaja (boleh bawa travel tau)
🔥Masam, manis dan pedas dalam satu botol
🔥Blh di hidangkan dgn nasi panas, bubur dan kuih muih
🔥Kanak2 juga blh menikmatinya
🔥Jimat masa anda utk masak sambal
🔥DI JAMIN SANGAT SEDAP! Si Suami pasti suka!





Anyway korang mesti rasa tau Sambal Abang Strawberry ni!! Adik suka adik suka.. hikkss
Macam mana nak dapatkan sambal Abang Strawberry?
Korang boleh singgah 
Facebook
Instagram

Monday 26 October 2015

TAMPIL SIHAT JELITA BERSAMA CITYSKIN MEDISPA

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harapnya semua sihat-sihat dan berbahagia dengan insan tersayang di sisi. Siapa bahagia, senyum sikit….. haaa barulah cantik dan handsome semuanya.
Alhamdulillah hari ini sekali lagi Mayra berpeluang untuk menghadiri satu event undangan team Hai!Blogger.  It’s a Blogger Spa Time!!! Terima kasih pihak CitySkin Medispa sebab sudi jemput kami semua… mmuahh sikittt..

Kali ini Mayra ke CitySkin MediSpa di cawangan Bangsar South, yang mana specialist untuk bahagian rambut. Macam tau-tau saja Mayra ni ada masalah rambut gugur. Rasa macam sesuai pulak. Ewahh.
Mayra yakin, hampir semua orang mempunyai masalah rambut. Baik lelaki atau perempuan. Bagi perempuan yang bertudung, anda boleh menyembunyikan masalah rambut anda di sebalik tudung anda. Tapi apabila berdepan dengan ahli keluarga atau suami, macam mana? Dari segi kosnya pula macam mana? di mana anda boleh dapatkan perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang sangta berpatutan?

Mujur ada CitySkin MediSpa. CitySkin MediSpa adalah pilihan tepat untuk tampil sihat dan jelita di bawah satu bumbung. Gabungan Klinik dan Spa ini bukan sahaja menawarkan khidmat nasihat bagi golongan yang pentingkan kecantikan dan kesihatan, malah turut menawarkan nasihat dan bimbingan kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Sharing session.

Cityskin Medispa merupakan gabungan inspirasi ibu dan anak, Wan Julia Sham Dato Ariffin (Pakar Anti-Penuan dan Estetik), bersama anak beliau, Siti Farah Azwin Abd Khalid (graduan Keusahawanan Ijazah Sarjana Muda dari Lim Kok Wing University dan pakar dalam bidang Nutrisi dan Terapi Kecantikan). Wah… bukan calang-calang orang tau!  Keduanya sering mengimpikan gabungan klinik dan Spa patuh syariah khas untuk wanita dan lelaki demi memenuhi permintaan yang tinggi akhir-akhir ini.  Ramai di luar sana yang masih tidak faham tentang kepentingan gabungan MediSpa ini.  Penjagaan kecantikan dan kesihatan seharusnya berjalan seiring. Kedua-duanya amat berkait rapat.  Jika kesihatan tidak diutamakan pasti ia akan menggugat kecantikan luaran yang lain.



Menurut Dr Wan Julia, masyarakat harus diberi pendedahan yang lebih terperinci mengenai kaitan hormon dalam mempengaruhi kesihatan dan cara hidup seharian. Beliau merupakan antara doktor Melayu pertama di Malaysia yang menerima Board Certified In Anti Aging & Regenerative Medicine (ABAARM – A4M USA). “Proses kemerosotan kesihatan boleh menyebabkan penurunan fungsi tubuh. Saya yakin usaha murni ini pasti dapat diterima pakai pada masa hadapan.” kata beliau.  

Menurut beliau lagi, ketidakseimbangan hormon berlaku kerana peningkatan usia, pemakanan tidak sihat, kurang senaman, pencemaran alam sekitar dan banyak faktor lain. Jika ini tidak dirawat, masalah pertumbuhan sel akan berlaku dan menyebabkan keguguran rambut sekaligus seseorang bakal berdepan dengan masalah kemurungan yang mana akhirnya boleh menjejaskan prestasi kerja dan kehidupan seharian.

Antara masalah hormone yang yang boleh menyebabkan keguguran rambut adalah terlalu tinggi atau terlalu rendah homon thyroid (hyperthyroid or hypothyroid), terlalu tinggi hormone androgen dalam badan wanita (polycystic ovarian syndrome) atau penyakit autoimmune seperti SLE.

Antara simptom yang dihadapi akibat ketidakseimbangan hormon adalah keletihan, kemurungan, darah tinggi, kegemukan, insomnia, obesiti, ketidaksuburan, kelesuan, keguguran rambut, pusingan haid tidak teratur, migrain, senggugut dan sebagainya.  

Bayangkan kalau muda-muda dah ada masalah rambut, nanti tua, macam manalah rupanya ek?
Demo untuk mengenalpasti masalah rambut.
Demo was done by Farah herself.



Loves is in the hair. 



Antara perkhidmatan yang disediakan oleh CitySkin Medispa adalah...





Cawangan Cityskin Medispa & Hair Rich:-
Cityskin Medispa
B7/1/1 Jalan Ampang Utama 1/2,
One Ampang Avenue Business Centre
Taman Ampang Utama
68000 Ampang Selangor

Untuk sebarang keterangan lanjut tentang layari FB & Instagram : CITYSKIN MEDISPA atau hubungi : 03 – 4253 5257

Hair Rich World Integrated Trichology Center
2-09, Level 2, Wisma Life Care
5 Jalan Kerinchi
Bangsar South
59200 Kuala Lumpur


Tel : 03 2242 0880

"LOVES IS IN THE HAIR~~~"