Saturday, 21 November 2015

2 Minggu Forensic Posting!!

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harapnya semua sihat-sihat dan berbahagia dengan insan tersayang di sisi. Siapa bahagia, senyum sikit….. haaa barulah cantik dan handsome semuanya.



Alhamdulillah, Mayra sekarang baru sahaja habis posting Forensic yang memakan masa Cuma 2 minggu saja. Seriously tak cukup. Sebab posting Forensic ni tersangatlah best!!

Dulu masa Mayra isi boring UPU dulu, Mayra ada isikan kos Forensic di USM, tapi tak ada rezeki. Rezeki lebih kepada bidang Medicine. Allah lebih tahu pasal tu. Huhu. Tapi walaupon tak dapat kos Forensic dulu (seyes sedih giler sebab tak dapat kos ni), sekarang ni Mayra berpeluang merasai dan kenal serba sedikit pasal Forensic. Yeayyyy!!

Langkah disusun ke bilik mortuary



Bila sebut saja Forensic, perkara pertama yang muncul dalam minda korang apa? Mesti a dead body kan? Ya memang betol!! Mayra dulu nak ambik forensic sebab nak perasan jadi macam dalam citer CSI tu. Siasat mayat.. Padahal diri sendiri lemah semangat tengok darah ni.

For me, Medicine and Forensic ni, sama tapi tak serupa. They linked each other. In medicine, we treat the disease, but in forensic, we encounter the dead body. Dalam forensic, mereka focus menyiasat sebab kematian, mekanisma kematian berlaku. Mayra nak cerita lebih-lebih pon tak berapa nak pakar, baru 2 minggu merasa kot. Tunggu Mayra specialised bahagian Forensic dulu ek..hehehe

Sepanjang dua minggu ni, kami berpeluang tengok autopsy 4 kali sahaja. Sedih sebenarnya, tapi nak buat macam mana, taka da rezeki. Masa kes pertama, Mayra hanya tengok dari luar bilik observation jer, maksudnya, ada cermin memisahkan bilik autosy dengan observatory room. First time tengok badan orang dipotong, dibuka, memang seram. Tapi nak tak nak, kita kena buat jugak.

Second case, Mayra terlibat sama dengan autopsy tu!! Kalau ikutkan hati, memang Mayra tak mahu, tapi sebab tak ada orang nak volunteer, so Mayra secara paksa rela menvolunteerkan diriku ini. Sobs…
Masa melangkah ke dalam bilik autopsy tu, we introduced ourselves and read the case’s note. Autopsy masa tu under Dr Amirul and team. Thankyu Dr Amirul and team (esp En Hassan, orang kampong den rupanya..) sebab layan kerenah kami dalam autopsy room tu. Macam-macam Dr Amirul soal kami pasal anatomy. Hahaha

Sepanjang autopsy dijalankan, Mayra cuba kuatkan hati. Rasa tak kuat bila tengok badan dibuka, organ dikeluarkan, darah dan bau (bau ni xleh nak describe mcm mana). Tapi paling tak kuat bila Dr Amirul cakap, “Munira, pergi timbang organ-organ ni semua,”. And I was lika, apa?? Timbang organ? Kena pegang fresh organ?? Tak pernah pegang lagi fresh organ, sebelum ni just pegang organ yang dah di awet untuk kelas anatomy. Nak tak nak, terpaksa buat juga. Feeling dia, peh peh peh. Tak leh nak describe. Partner Mayra awal-awal dah tolak. Hahaha

Lepas timbang semua, setiap organ tu akan di ambil sample untuk laboratory investigation. Then the autopsy done! Ambil masa almost sejam setengah. Lepas Dr Amirul end the session, cepat-cepat Mayra p salin surgical gown. Dengan darah terkena gown, rasa cam nak mandi kat situ jugak. Dekat 10 minit jugak lah Mayra basuh tangan. Padahal masa pegang organ tu, pakai surgical gloves kot. Hahaha

Baru habis bedah mayat


Bagi Mayra, 2 minggu sangat tak cukup. I want Forensic posting to be extended!! Best sebab doctors for forensic best..hehe dengar cerita dari prof Nasimul, pengalaman dari Dr Razuin and tutorial dari prof Shafi make Forensic posting more interesting.



Masa minggu pertama masuk Forensic, Mayra bersyukur sebab tak dapat masuk kos forensic dulu. But now, I’m considering to do Master on Forensics!! Hahaha (of course lepas abis degree and housemanship lah)

For next 2 weeks, Ophthal posting!! Kita focus bahagian mata pulak!


No comments:

Post a Comment