Monday, 26 October 2015

TAMPIL SIHAT JELITA BERSAMA CITYSKIN MEDISPA

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harapnya semua sihat-sihat dan berbahagia dengan insan tersayang di sisi. Siapa bahagia, senyum sikit….. haaa barulah cantik dan handsome semuanya.
Alhamdulillah hari ini sekali lagi Mayra berpeluang untuk menghadiri satu event undangan team Hai!Blogger.  It’s a Blogger Spa Time!!! Terima kasih pihak CitySkin Medispa sebab sudi jemput kami semua… mmuahh sikittt..

Kali ini Mayra ke CitySkin MediSpa di cawangan Bangsar South, yang mana specialist untuk bahagian rambut. Macam tau-tau saja Mayra ni ada masalah rambut gugur. Rasa macam sesuai pulak. Ewahh.
Mayra yakin, hampir semua orang mempunyai masalah rambut. Baik lelaki atau perempuan. Bagi perempuan yang bertudung, anda boleh menyembunyikan masalah rambut anda di sebalik tudung anda. Tapi apabila berdepan dengan ahli keluarga atau suami, macam mana? Dari segi kosnya pula macam mana? di mana anda boleh dapatkan perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang sangta berpatutan?

Mujur ada CitySkin MediSpa. CitySkin MediSpa adalah pilihan tepat untuk tampil sihat dan jelita di bawah satu bumbung. Gabungan Klinik dan Spa ini bukan sahaja menawarkan khidmat nasihat bagi golongan yang pentingkan kecantikan dan kesihatan, malah turut menawarkan nasihat dan bimbingan kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Sharing session.

Cityskin Medispa merupakan gabungan inspirasi ibu dan anak, Wan Julia Sham Dato Ariffin (Pakar Anti-Penuan dan Estetik), bersama anak beliau, Siti Farah Azwin Abd Khalid (graduan Keusahawanan Ijazah Sarjana Muda dari Lim Kok Wing University dan pakar dalam bidang Nutrisi dan Terapi Kecantikan). Wah… bukan calang-calang orang tau!  Keduanya sering mengimpikan gabungan klinik dan Spa patuh syariah khas untuk wanita dan lelaki demi memenuhi permintaan yang tinggi akhir-akhir ini.  Ramai di luar sana yang masih tidak faham tentang kepentingan gabungan MediSpa ini.  Penjagaan kecantikan dan kesihatan seharusnya berjalan seiring. Kedua-duanya amat berkait rapat.  Jika kesihatan tidak diutamakan pasti ia akan menggugat kecantikan luaran yang lain.



Menurut Dr Wan Julia, masyarakat harus diberi pendedahan yang lebih terperinci mengenai kaitan hormon dalam mempengaruhi kesihatan dan cara hidup seharian. Beliau merupakan antara doktor Melayu pertama di Malaysia yang menerima Board Certified In Anti Aging & Regenerative Medicine (ABAARM – A4M USA). “Proses kemerosotan kesihatan boleh menyebabkan penurunan fungsi tubuh. Saya yakin usaha murni ini pasti dapat diterima pakai pada masa hadapan.” kata beliau.  

Menurut beliau lagi, ketidakseimbangan hormon berlaku kerana peningkatan usia, pemakanan tidak sihat, kurang senaman, pencemaran alam sekitar dan banyak faktor lain. Jika ini tidak dirawat, masalah pertumbuhan sel akan berlaku dan menyebabkan keguguran rambut sekaligus seseorang bakal berdepan dengan masalah kemurungan yang mana akhirnya boleh menjejaskan prestasi kerja dan kehidupan seharian.

Antara masalah hormone yang yang boleh menyebabkan keguguran rambut adalah terlalu tinggi atau terlalu rendah homon thyroid (hyperthyroid or hypothyroid), terlalu tinggi hormone androgen dalam badan wanita (polycystic ovarian syndrome) atau penyakit autoimmune seperti SLE.

Antara simptom yang dihadapi akibat ketidakseimbangan hormon adalah keletihan, kemurungan, darah tinggi, kegemukan, insomnia, obesiti, ketidaksuburan, kelesuan, keguguran rambut, pusingan haid tidak teratur, migrain, senggugut dan sebagainya.  

Bayangkan kalau muda-muda dah ada masalah rambut, nanti tua, macam manalah rupanya ek?
Demo untuk mengenalpasti masalah rambut.
Demo was done by Farah herself.



Loves is in the hair. 



Antara perkhidmatan yang disediakan oleh CitySkin Medispa adalah...





Cawangan Cityskin Medispa & Hair Rich:-
Cityskin Medispa
B7/1/1 Jalan Ampang Utama 1/2,
One Ampang Avenue Business Centre
Taman Ampang Utama
68000 Ampang Selangor

Untuk sebarang keterangan lanjut tentang layari FB & Instagram : CITYSKIN MEDISPA atau hubungi : 03 – 4253 5257

Hair Rich World Integrated Trichology Center
2-09, Level 2, Wisma Life Care
5 Jalan Kerinchi
Bangsar South
59200 Kuala Lumpur


Tel : 03 2242 0880

"LOVES IS IN THE HAIR~~~"

No comments:

Post a Comment