Wednesday, 25 May 2016

Nak Dr Mayra cucikan luka?

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harapnya semua sihat-sihat dan berbahagia dengan insan tersayang di sisi. Siapa bahagia, senyum sikit….. haaa barulah cantik dan handsome semuanya.



Alhamdulillah, sekarang ini Mayra berada di posting Primary Care Medicine (PCM). Apa itu PCM? Actually PCM ialah penjagaan kesiharan dan perubatan pesakit di luar penjagaan hospital. PCM termasuklah rawatan kecihatan, rawatan pencegahan, promosi kesihatan dan rawatan segala penyakit tanpa perlu memasukkan pesakit ke hospital. Contoh paling senang, klinik kesihatan. Suntikan Immunisasi kanak-kanak adalah sejenis rawatan primary care, pemeriksaan mengandung, rawatan penyakit tidak serius seperti demam selesema atau sakit jangka masa lama seperti darah tinggi atau kencing manis.

Jadi sekarangnya, Mayra attach di beberapa klinik kesihatan. Cuti sebentar dari kehidupan busy di hospital. Hehe tapi siapa cakap kerja di KK tak busy? Busy ya amat! Jumlah pesakit yang ke KK setiap hari boleh mencecah 700-800 orang! Ramai ya Allah.

Hari ini, Mayra berada di bilik rawatan dan kecemasan. Masuk jer bilik tu, terus nurse tanya, reti buat dressing tak? (dressing = cuci luka) and I was like, alamak, selama ni tak pernah buat dressing. Manalah reti. Nasib baik, nurse Ain baik. Dia guide kami step per step macam mana nak buat proper dressing.

Hari ini saja, Mayra buat hampir 10 dressing. Satu dressing ambil masa 15-60 minit depends keadaan luka. Disebabkan ramai sangat pesakit, Mayra terpaksa buat dressing sorang2. Berpeluh wehh nak siapkan dressing sorang-sorang, on your first day of doing it!

Tapi alhamdulillah, banyak benda belajar hari ini. Daripada tak tahu langsung macam mana nak buat dressing, sampai boleh handle dressing sorang-sorang (I am proud!!!).


gambar-gambar ini diambil waktu lunch, selepas semua patient dah habis....


p/s dalam bilik rawatan, sempat dingurat (betol ke perkataan ni?) oleh waris pesakit. Amboiii.. mungkin sebab seharian pakai face mask. Kalau tak pakai mask, takde sape nak pandang kita.. hahaha


Boleh jadi geng dengan Dr Kang Mo Yeon, cantik bila pakai face mask jer.. haha


No comments:

Post a Comment