Hai Assalamualaikum~
Sekarang ni Mayra dalam final year untuk Medicine. Yes currently I am so busy and i have to reject some of the event's invitation because of my busy schedule. Blog ni pon nasib baik ada masa nak update. Hehe InsyaAllah bulan 7 ini final exam dan graduate. Doakan Mayra lulus dengan cemerlang dan dapat graduate on time tau :)
Alright, berbalik ke agenda asal untuk blogpost kali ini. Lately, ramai yang tanya Mayra macam mana Mayra maintain muka flawless eventho selalu makeup? Flawless ke dikk oiii????? Yeah as you know, pakai makeup ni tak elok sangat especially for those yang tak suka jaga muka dengan betul. Because when we put on makeup, some of them will clog into your pores and subsequently will lead to oil production, breakout of your skin and there you go~~ pimplesssss
Sekarang ni Mayra akui kulit Mayra tengah tak sihat (got 3 pimples and some scars) sebab last 2 weeks Mayra sangat busy dengan events in which each event i put on my makeup as usual but because i was too tired, i did not practice my makeup removal routine. Sampai tahap tidur tapi tak cuci makeup pon ada. So sekarang ni memang jerawat bermaharajalela lah atas muka ni. haha But right now, Mayra tengah practice balik makeup removal routine dan some other facial care routine dan alhamdulillah jerawat dah makin terkawal.
So untuk blogpost kali ini, Mayra nak share macam mana Mayra jaga kulit muka Mayra selepas almost one full day pakai makeup.
Step 1 - Biore Makeup Remover Wipes
Masa mula-mula Mayra beli ini, Mayra beli sebab dia dalam travel packer and masa tengah travel tu lupa nak bawa makeup removal so i just grab it. Packaging dia pun lawa kan pink gitewwww. But when i first tried it, I was blown away. Seriously senang giler nak tanggalkan makeup guna ini. Korang tak payah nak gosok muka kuat-kuat untuk tanggalkan makeup. Just put on your makeup area and swipe it and all your makeup removed!! Bau dia wangi dan rasa ringan je bila apply pada muka. Bagi Mayra Biore ni sangat sesuai dengan muka Mayra ( i dont have any allergy reaction towards it and muka akan lembut jer lepas pakai) plus dia tak ada tinggalkan rasa berminyak bila kita pakai walaupun dia ni 'cleansing oil'. Tapi kawan Mayra pernah try guna ni (pinjam from me lol) and dia cakap rasa macam wipes ni menghakis kulit dia. Maybe depends on skin type jugak kot. But i dont have any issues with that.
What i love most about this product, even your waterproof mascara yang degil nak mati pun senang nak tanggal tau. I'm using mascara from Banila.co dan dia tersangatlah waterproof. Mayra dah try bermacam makeup remover tapi tak tanggal jugak mascara tu. So when i used this, ehhhhh senang jer nak tanggal. Yang paling best dia ni senang dibawa. Letak je dalam handbag and you can use it whenever you want especially muslim yang nak solat tapi nak buang makeup susah. So far, this is my fifth packets and i'll buy it again in a future because i love it sooooo much!
Step 2 - Garnier Micellar Cleansing Water
Okay actually this is my first time using this sebab tengok ramai blogger-blogger and some instafemes review this and banyak positif feedback tentang Garnier Micellar Cleansing Water ni. Personally Mayra sukakan Garnier Micellar Cleansing Water ni sebab dia punya ability to remove the makeup is superbb.. Yes senang sangat nak remove makeup and rasa fresh sangat bila apply kat muka. Okay maybe korang tertanya-tanya kenapa Mayra guna Garnier Micellar Cleansing Water padahal Mayra dah guna Biore Makeup Remover wipes tu kan? Macam ni, bagi Mayra lepas buang makeup dengan wipes tu, i more focusing on mascara, i eyeliner, eyebrow and lipstick sebab part tu yang degil sikit. So bahagian muka yang lain, Mayra akan guna Garnier Micellar Cleansing Water ni. Lagipun, Biore wipes tu senang dibawa kemana-mana so Mayra guna bila kat luar and use this Garnier Micellar Cleansing Water kat rumah. Garnier Micellar Cleansing Water ni pun bagus untuk remove mascara degil tapi macam Mayra cakap tadi, sebab dia dalam botol, so agak susah nak bawa ke sana ke mari tambah2 handbag ni kecil. Huhu Tapi bila di rumah memang Mayra practice guna Biore wipes first followed by Garnier Micellar Cleansing Water. Tak salah kan kita cuci muka berkali-kali so that muka kita betul-betul bersih.
Step 3 - Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam
Okay lepas buang makeup guna oil, its time to move to cleanser. Mayra guna Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam. This is my third bottle already and i love this so much! It is basically a dual cleansing product that effectively removes makeup on your face with its oils and and it will transform into foam when you gently massaging it to remove any leftover impurities on your face.
Yang ni tersangat sesuai untuk korang yang malas nak remove makeup and boleh skip Step 1 dan Step 2 di atas. Tapi kenapa Mayra tak skip? Sebab Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam ni tak dapat remove kan mascara Banila.co yang super waterproof tu. Dapat tu dapat tapi susah sikit lah plus bila masuk mata pedih. Huhu Tapi bila Mayra cuci muka dengan Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam, my skin will be smooth and you can feel that your skin 99% clean from any makeup. Yes! I recommended you to use this! Harga agak mahal tapi sangat berbaloi dengan kesannya.
Step 4 - Cetaphil Gentle Skin Cleanser
Yang ni dah masuk my normal skincare routine. Tak pakai makeup pon i still use this. I started to use this since last year when i had a very bad skin after i mistakenly used some local product. That time, my face was really bad which pimples membiak dengan bahagianya dan kulit sangatlah kering dan tak sekata warna. I've tried so many products until my cousin recommended this cleanser to me. This is my third bottles and i'm satisfied with the result! Alhamdulillah pimples dah makin berkurang dan kulit pun nampak more healthy. But Mayra pernah dengar yang Cetaphil ni tak elok untuk orang kulit kering sebab dia akan mengeringkan lagi kulit. Wallaualam but so far i dont have any issues with kulit kering and mosturiser memainkan peranan penting untuk kekalkan kelembapan kulit uolss.
So after you follow until Step 3, jangan lupa untuk cuci lagi muka you dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Tak guna Cetaphil pun takpe, tapi jangan lupa cuci muka dengan cleanser yang korang selalu guna so that your skin, pores semua betul-betul bersih.
Step 5 - Mora Milky Almond Scrub
This step, tak semestinya korang kena buat everyday. As you guys know, function scrub untuk buang segala kulit-kulit mati, kotoran dan blackhead/whiteheads. I used this Mora Milky Almond Scrub selang sehari atau 3 hari sekali. Scrub tak elok tau guna hari-hari sebab dia akan menipiskan kulit korang. One more thing, kalau jerawat tengah galak membiak atas muka, jangan pakai scrub sebab korang akan increase tendency for your skin to be breaks out and high risk to get more pimples.
Okay untuk Mora Milky Almond Scrub ni, Mayra suka sangat dengan tekstur scrub ni sebab dia sangat lembut dan bau memang soft ala-ala bau almond dan vanila. Bila sapu pada kulit muka, memang lembut pada kulit dan whitehead pon hilang! Kulit muka pun rasa ketat jer tapi soft sangat. First time Mayra guna, agak terkejut dan jatuh cinta dengan effect Mora Milky Almond Scrub ni. You guys patut cuba tau. Untuk dapatkan Mora Milky Almond Scrub, korang boleh ke Mirotic Hermosa atau whatsapp +60105095543.
Step 6 - Mora Argan Oil
Ni part yang Mayra paling suka. Bila nak apply Mora Argan Oil. Step ni depends pada korang lah. Selalunya lepas cuci muka korang akan pakai toner kan? Yes Mayra pun sebelum ni pakai toner, tapi masih belum jumpa toner yang sesuai untuk kulit muka Mayra. So Mayra skip step toner. Mayra ganti dengan apa? Dengan Mora Argan Oil ni lah! This is my third bottle and i love this Argan Oil sooooo much!! Walaupun argan oil, bila kita apply pada kulit, dia senang meresap dan tak rasa berminyak pun kulit ni. Apa yang Mayra suka, Mora Argan Oil ni dapat mengurangkan jerawat. Katakanlah korang nampak macam ada jerawat nak tumbuh, korang apply jer Mora ni dan insyaAllah esoknya jerawat tu tak jadi nak tumbuh.hahaha Parut jerawat pun cepat hilang dan meratakan tona kulit. Mayra juga guna Mora ni sebagai makeup base jugak so that makeup tahan lebih lama bila apply Mora beforehand.
Untuk dapatkan Mora Argan Oil ni juga, korang boleh ke Mirotic Hermosa atau whatsapp +60105095543.
So thats it. Untuk blogpost kali ini, Mayra tak cerita info2 untuk setiap product, tapi Mayra share pengalaman mayra guna all these products. This is not paid review but i paid to get these things and i love them! Yes, i admit that most of the things stated above quite pricey, total boleh cecah RM300++ but dont worry sebab semua ni tahan lama, more than one month. Tak semestinya every month korang kena keluarkan Rm300. Contohnya Garnier Micellar Cleansing Water boleh tahan more than 3 months, Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam boleh tahan almost 6 months, dan Mora product lebih dua bulan. Nak pakai makeup mahal, nak buang makeup pun mahal. hahahaha
All the steps kat atas is just my routine makeup removal. Korang tak perlu follow, it just a recommendation for me. Alhamdulillah berkesan pada kulit Mayra, harap-harap korang pun berkesan juga. Ya banyak steps just untuk remove makeup tapi untuk maintain kulit yang cantik, korang kena usaha lah sikit. Sebab apa-apa pun orang akan tengok muka dulu, betul tak?
Urghhhh I really need some improvement for my makeup |
Harap steps di atas dapat bantu korang yang masih buntu nak guna apa untuk remove makeup.Kalau korang ada recommendation, korang boleh tinggalkan komen dibawah k.
Semoga bertemu lagi di next blogpost.
Assalamualaikum.
XOXO
No comments:
Post a Comment