Sunday 22 November 2015

Rysya SkinCare : Che Ta's Beauty Secret



Assalamualaikum..

Siapa di sini ada masalah kulit? Dah cuba pelbagai product kecantikan tapi masih tak dapat kulit wajah seperti yang diimpikan. Pada masa kini kecantikan merupakan aset penting bagi setiap wanita. Kecantikan bagi wanita bukan hanya dari aspek luaran, malahan dari dalaman diri. Produk yang baik amat diperlukan untuk merealisasikan impian wanita untuk memperoleh kecantikan luaran mahupun dalaman.

Mayra akui, dulu Mayra sangat obsess dengan product make up, sebab bagi Mayra make up dapat tutup cela-cela di wajah. Segala parut, pori, pigmentasi semua kita boleh tutup dengan make up. Namun, sekarang mentality Mayra berubah. Sekarang Mayra focus mencari product kecantikan yang dapat merawat segala masalah kulit. Jadi boleh lah Mayra kurangkan penggunaan make up pada wajah Mayra, sebab make up ni boleh keringkan kulit kita. Tak nak lah bila kahwin nanti, suami cium kat pipi, tapi rasa bedak. lolss

Jadi Mayra sangat berhati-hati untuk menggunakan set penjagaan wajah. Baru-baru ini Mayra telah diperkenalkan dengan product terbaru dipasaran iaitu Rysya SkincareRysya Skincare merupakan set penjagaan kulit untuk yang mementingkan kesempurnaan. Produk Rysya yang telah dilancarkan ini adalah berkualiti tinggi ini setaraf dengan jenama – jenama terkenal yang lain dipasaran.



Produk Rysya Skincare ini telah dihasilkan melalui syarikat Thames Skincare Sdn.Bhd yang bernaung dibawah pengasasnya, Noorazlina. 



Dengan hasil penyelidikan dan kerja keras semua, produk  Rysya Skincare telah mula mendapat tempat di hati pengguna dan telah pun  memiliki 50 pengedar aktif di seluruh Malaysia.



Sewaktu Mayra mendengar perkongsian dari Puan Lin, Puan Natasha dan stokes-stokis Rysya Skincare ni, Mayra sangat jatuh cinta. Bagi Mayra, ini adalah salah satu product yang sangat sesuai untuk gadis-gadis (jejaka pun boleh juga tau) yang inginkan kecantikan kulit semulajadi.

Antara product-product Rysya Skincare termasuk:



LY Facial Cleanser
 


LY Facial Cleanser dirumus untuk membuat "pembersihan secara lembut" terhadap kulit wajah. Ia membersihkan segala kekotoran dan menjadikan kulit wajah lebih segar tanpa menganggu kelembapan semula jadi kulit. Ia tidak akan meninggalkan kesan kering setelah dibilas.
 
Cara penggunaan: Gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Letakkan cecair pencuci pada tapak tangan yang telah dibasahkan. Gosok kedua-dua belah tangan secara perlahan-lahan sehingga berbuih, kemudian sapukan ke seluruh muka dan elakkan terkena bahagian mata. Bilas sehingga bersih.
 
Kandungan: Vitamin C (agen anti-penuaan) dan Licorice (cegah pigmentasi. Antioksidan, anti inflamasi)
 
Kata Mayra : sebelum ni Mayra mencuba pelbagai cleanser. Dan LY facial cleanser ni sangat berbeza dengan cleanser yang Mayra guna sebelum ni. Baunya tidak terlampau wangi dan tak banyak berbuih. Untuk pengetahuan korang, bau sabun yang terlalu wangi dan buih yang banyak bermaksud product tu banyak bahan kimia (terutamanya Paraben). So LY Facial Cleanser ni eloklah sebab bahan dia banyak bahan semulajadi.
 
LY Facial Toner
 


Melindungi kulit, menjadikannya kelihatan berseri, lembut dan licin. Penggunaan Toner Muka LY yang konsisten membolehkan kulit wajah lebih tegang dan mengecilkan liang-liang pori. Mampu melembapkan kulit, memastikan ia sentiasa terhidrat dan memelihara kulit daripada menjadi kering. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif.
 
Cara penggunaan: Gunakan dua kali sehari. Sapukan pada waktu pagi dan malam selepas mencuci muka dengan Rysya Facial Cleanser. Elakkan terkena bahagian mata.

Kandungan : Phyto Placenta Extract (ekstrak tumbuh-tumbuhan dapat menenangkan kulit) dan Vitamin B3 (memutihkan dan meningkatkan ‘Vitality’ kulit dan memberi kelembapan kulit)

Kata Mayra : Mayra memang ada masalah pori yang sampai sekarang tak jumpa jalan penyelesaian. Apa yang Mayra perasan bila apply toner ni, pori-pori dah mula mengecil! Suka sangat!! Toner ni sesuai untuk semua jenis kulit tau! Kalau korang ada masalah kulit sensitive, korang jangan risau k.

Rysya 24K Gold Serum



Membantu merangsang regenerasi kulit. Melawan tanda-tanda penuaan secara semulajadi. Serum ini mempunyai manfaat untuk memelihara kulit supaya sentiasa terhidrat, meningkatkan khasiat dan mampu  mencerahkan  kulit serta dapat mencegah pertumbuhan jerawat. Ia juga dapat menguatkan sel-sel kulit.  Rysya  24K Gold Serum mengandungi lebih banyak bahan aktif berbanding dengan krim muka yang lain (hanya mengandungi bahan aktif sebanyak 3-5 peratus sahaja). Rysya 24K Gold Serum mampu menyampaikan kepekatan nutrien yang lebih besar bagi menembusi ke bahagian dalam kulit.
 
Cara penggunaan: Gunakan dua kali sehari. Sapukan pada waktu pagi dan malam selepas menggunakan Rysya Skincare Toner Muka. Urut dengan teliti ke seluruh kulit wajah
 
Kandungan : Pullulan (antioksidan) , Glycine Soja ( Soya Bean ) melindungi kulit daripada radikal bebas dan ejen anti-radang , Red Algae (membersih dan menyuburkan kulit) dan 24K Gold (meningkat dan merangsangkan peredaran darah)

Kata Mayra : So far, ni product Rysya yang menjadi kegemaran Mayra. Hehe Bau dia tak wangi tapi tak juga busuk. Bila Mayra apply serum ni pada wajah Mayra, dia cepat meresap dan tak rasa melekit. Bila pakai, rasa wajah ni fresh jer.

Rysya 24K Gold Miracle Cream



Rysya LY 24K Gold Miracle Cream mengandungi ramuan anti-penuaan unik yang telah dipatenkan. Ia mampu melambatkan proses penuaan kulit dan meningkatkan jumlah kolagen dan serat, menghalang kerosakan serat, melawan radikal bebas serta merangsang tenaga sel-sel untuk mengurangkan kedutan kulit. Penggunaan Rysya 24K Miracle Cream dapat membantu meningkatkan ketengangan, keanjalan dan kelicinan kulit.  Formula Vitamin C mampu menggalakkan aktiviti kulit supaya kulit menjadi lebih muda. Bahan-bahan di dalam produk penjagaan kulit Rysya membantu merangsang regenerasi kulit dan dapat melawan tanda-tanda penuaan secara semulajadi.
 
Cara penggunaan: Gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Tunggu sehingga 24k Gold Serum diserap sepenuhnya ke dalam kulit sebelum menyapu 24K Gold Miracle Cream. Urut dengan teliti pada kulit.

Kandungan : Red Algae (mengekalkan kelembapan semulajadi kulit), Soy Placenta Extract (mengurangkan kedutan) dan Virgin Coconut Oil (memberi perlindungan UV dan membantu masalah gangguan kulit seperti eczema)

Kata Mayra : cream ni tersangat bau wangi tapi taklah kuat sangat wanginya. I loikee..  cream ni pun sama, cepat meresap dan tak melekit. Bila apply cream ni, rasa lembut jer kulit wajah.

 Bird Nest Body Scrub

LY Bird’s Nest Body Scrub ialah sabun buku bukan alkali yang mengandungi "sarang burung Walet dan kolagen". Ia membersih, melembap dan mencerahkan serta menegangkan kulit badan untuk menjadikan kulit lebih muda dan sempurna. LY Bird’s Nest Body Scrub adalah formula unik dari THAMES SKINCARE dan sangat disyorkan oleh pakar kulit Rysya. Cubalah sendiri dan kongsikan pengalaman anda kepada kami selepas menggunakannya. Sesuai untuk kulit sensitif.
 
Cara penggunaa: Gunakan dua kali seminggu. Gosok sabun seluruh badan menggunakan bahagian yang lembut dahulu sebelum menyental menggunakan bahagian ‘scrub’. Bilas sehingga bersih.

Kata Mayra : mayra tak cuba lagi product ni so tak boleh nak kata apa-apa. Huhu InsyaAllah, next time Mayra cuba.


Mayra baru je pakai seminggu set produk Rysya Skincare ni dan Mayra tersangatlah suka dan berpuas hati dan gembira dan jatuh cinta sangat-sangat (banyak betul dia punya dan) dengan product Rysya Skincare ni terutamanya dengan Gold Serum tu.  




Setakat ni memang tak ada side effect apa-apa pada muka Mayra lepas guna. Kulit makin lembut adalah. Kawan-kawan pun tegur kulit Mayra nampak makin fresh. So, Mayra sangat rekemen pada korang kalau korang berminat nak cuba. Nanti boleh lah cantik macam Che Ta. Mana tahu boleh dapat suami handsome macam Zain pulak. hahaha



Kenapa Mayra sebut Che ta? Untuk pengetahuan korang, pelakon popular Rozita Che Wan merupakan pengguna product Rysya Skincare dan beliau juga merupakan Duta Product Rysya Skincare ini. Semua dah maklum yang Che Ta memang menitik beratkan kecantikkan diri. Tengok ajelah wajah dia, masih mengancam gitu.



Produk Rysya Skincare boleh dibeli terus melalui talian dan juga kedai-kedai terpilih diseluruh negara atau terus membuat pembelian ke ibu pejawat Rysya Skincare melalui talian  +603 7831 8669 dan +6019 738 8866. Harga produk Rysya bermula serendah dari RM25.00 hingga RM140.00 setiap satu.  

Puan Lin sebagai Pengarah Urusan Syarikat juga mempelawa semua yang berminat untuk menjadi rakan niaga Rysya Skincare bagi  menambah pendapatan disampingan sambil kekal menawan dengan kulit muka yang cantik menawan.



Kata Puan Lin : Tiada wanita di dunia ini yang tidak mahu kelihatan cantik dan kecantikan yang asli itu bukan sahaja dari kulit muka tetapi juga hati yang ikhlas bagi setiap apa yang dikerjakan, pasti dengan Rysya Skincare akan menambahkan keyakinan itu.

Ewahhh


Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal produk Rysya Skincare ni, korang boleh tengok dekat laman sosial dieorang dekat bawah ni:



1 comment: