Sunday 12 January 2014

Minggu Maulidur Rasul Fakulti Perubatan UiTM

Assalamualaikum...

Medical Student Association (MESTA) of Uitm Sg Buloh, Faculty of Medicine akan menganjurkan Minggu Maulidur Rasul pada 13-18 January 2014 bertempat di Fakulti Perubatan, Sungai Buloh...

Nah setempek poster untuk korang..

 Banyak aktiviti2 menarik akan dijalankankan.. Antaranya perarakan, memanak, menunggang kuda, games2 menarik untuk adik2 comel, booth2 jualan, giga movie show dan banyak lagi.... oklah... kita review jap apa aktiviti2 yang akan dilangsungkan sepanjang program ni.....

ISNIN 13/1/14
- Majlis Perasmian Minggu Maulidur Rasul di Audi A1 UiTM Sg Buloh Fakulti Perubatan.
- Forum Perdana "Malam Cinta Rasul" akan diadakan selepas isyak sejurus Minggu Maulidur Rasul dirasmikan.
- Kami memaparkan  Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan sebagai moderator dan Imam Muda Fattah dan Ust Ghazali Ibrahim sebagai panel.
ISNIN 14/1/14

- Perarakan Maulidur Rasul akan diadakan dan semua org akan berkumpul di Masjid Ibnu Sina pd pukul 8.30. Semua org dijemput hadir.
- Kita akan berarak dari Masjid Ibnu Sina sehingga ke Kampus UiTM Sg Buloh utk mengajak org ramai bersama2 menyertai Karnival Minggu Maulidur Rasul.
- Pelbagai aktiviti diadakan dalam karnival dan ia bersesuaian utk semua kelompok umur. Antara aktiviti yg ada adalah Memanah,Menunggang Kuda,Sembang Kopi dan Medic Talk oleh Pakar Cardiothoracic Dr Adli Azam.
Boleh refer gambar di bawah untuk tentatif sepanjang hari.. :)
RABU 15/1/14

- Tayangan Movie "USTAZ MU TUNGGU AKU DATANG" bermula jam 9 malam..
- Persembahan flashmob
 KHAMIS 16/1/14
 - konsert amal Maaulidur Rasul oleh kumpulan nasyid SAUJANA.. sebahagian daripada hasil jualan tiket akan diserahkan/didermakan kepada yg memerlukan... untuk mendapatkan tiket, boleh pm terus ke Minggu Maulidur Rasul..


JUMAAT 17/1/14
- Majlis Penutup Minggu Maulidur Rasul

SABTU 18/1/14
- Grand Qiamullai

"Pada mereka yg berminat boleh pilih hari apa nk dtg tp kami dr pihak AJK syorkan dtg hari2 utk sama2 mengimarahkan taman2 syurga yg dijanjikan Allah SWT di muka bumi dan juga sedikit sebyk cbe utk menghidupkan semula sunnah Nabi yg seringkali ditinggalkan.

Segala kebaikan insyaAllah akan dibalas oleh Allah SWT!

sama2 kita ke arah menjd hamba yg sentiasa bertaqwa di sisi Allah SWT. Allahurobbi redha lah usaha kami semua!
"

untuk maklumat lebih lanjut, bolehlah singgah page Minggu Maulidur Rasul..

short message to my friends, jemputlah datang yer... bila lagi nak melawat den kat sungai buloh ni.. ni lah masanya... lagipon, korang baru habis final exam kan... jemputlah datang kalau rindu kat den..

Oklah itu sahaja... semoga segala kebaikan  akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah SWT..
Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment