Sunday, 13 April 2014

Benarkah kita tidak menDISKRIMINASIkan orang lain?

Assalamualaikum...
Setelah berbulan xupdate blog terchenta ni, hari ini beta mahu berbicara tentang DISKRIMINASI..
Tahu x apa itu diskriminasi??? pernah dengar x?? Oklah, menurut kawan baik mayra, Mr Google, diskriminasi bermaksud,
              
                " Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia."


     Actually, banyak jenis2 diskriminasi ni, tapi mayra xnak cakap sangat, sbb... ermmmm sbb malas la...
bukan apa, bagi kebanyakan manusia diskriminasi ni adalah pabila kita membezakan antara kaum, bangsa, agama dan sebagainya..

    Apa yg mayra nk cakap kali ni, satu jenis diskriminasi yg kita kadang2 atau mmg xpernah perasan!
Apa yg mayra akan cakap ni sbb mayra sendiri pernah melakukannya dan pernah diperlakukan spt itu.. mayra pernah berada di atas, mayra pernah berada di bawah.. mayra pernah dapat gred tertinggi dalam exam, mayra pernah jugak fail teruk dalam exam.. so mayra dapat rasa semuanya..

     Pernah orang pesan kat korang, "kalu nak berkawan, berkawan dgn org yg pandai2.. jgn berkawan dgn org xpandai.." pernah x?? mayra selalu jer dengar pesanan ni..yer, mmg betul.. habis tu, kalu semua nak berkawan dgn orang pandai, sape yg nak jadi kawan pada org yg kurang pandai tu??? ini salah satu jenis diskriminasi..

ok mayra kasi satu situasi..

enot, kenit, donut dan peanut berkawan baik.. enot ni budak yg kurang pandai, kenit dan donut biasa2 jer while peanut ni mmg pandai giler lah...satu hari ni, dorang dok study sama2.. then ada satu part tu, si kenit ni ada xpaham something.. so kenit pon tnyalah donut "weh, aku xpaham la yang ni, kau paham x? " si donut lalu menjawab, "aku pon xberapa paham... peanut confirm paham.. kan peanut," ... si peanut tu terkebil-kebil, lalu menjawab, "sbnrnya aq confius jgak part tu.." ... "xpelah, kite tanya cikgu esoklah" kata si kenit..

haaaa korang perasan x, dorang xtnya pon pendapat si enot, samada si enot ni paham ke tak part tu.. yelah, bagi dorang, si enot tu exam pon fail, kalu tnya confirm dia xtau pape... korang yakin ke mmg enot xtau pape.. manalah tahu enot tu sbnrnya paham jer part tu, tapi disebabkan korang xtnya dia, enot pon diam jer lah...

ok situasi kedua..

peanut ada keliru pasal cara2 ambik wudu' dgn betol.. so dia pon tnya lah 3 org kawan dia.. si enot yg kurang pndai ni, terus terangkan cara2 wudu' yg betol.. pot pet pot pet dia terangkan.. tapi si peanut tu xpercaya dgn penerangan enot.. siap cakap enot tu salah bagai.. kesian enot, penat dia terangkan, xpasal2 makan hati sbb kawan cakap dia salah.. padahal dia baru jer belajar bnda tu dari ustazah 15 minit lepas...

Haa.... Korang nmpak x apa yg mayra cuba smpaikan kt sini..
Tak semestinya seseorang yang kurang pndai tu, dia tidak tahu semuanya.. sedikit sbnyak ada juga ilmu pengetahuan dalam kepala dia.. jgn pandang rendah pada ilmu dia, jgn igt, bila dia xpandai, apa yg keluar dari mulutnya sesuatu yang salah dan xberguna.. mungkin dia lemah dari segi fizik, tp sbnarnya dia hebat dalam matematik... kita xtau.. so mohon jnganlah kita mndiskriminasikan kawan2 kita sebegini.. kita mungkin xperasan, tapi ini lah yg berlaku.. mungkin seelama ni, kawan kita mmg makan hati dgn kita tntang hal ni..

Mayra bukan nk tujukan kepada sesiapa.. Mayra ssndiri pernah lakukannya dan mayra pernah merasa kena begini.. so kite sama2 muhasabah diri, renungkan apa yg kite pernah lakukan kpd kawan kita dan memohon maaf.. Wallahualam..



Assalamualaikum.. bye..
XOXO

Wednesday, 5 February 2014

Wordless Wednesday: Robocop

Assalamualaikum..


Monday, 27 January 2014

HIJAB EVENT 2014

Assalamualaikum...

Open to ALL LADIES! Muslims, Non-Muslims, Hijabi, Non-Hijabi - you are ALL welcome!

Venue: Taman Tasik Titiwangsa
Date: February 1st, 2014 (Saturday)
Time: 7:30 am - 12 noon

an outdoor gathering to celebrate World Hijab Day, Celebrating the power of Hijab. NO FEES !! Absolutely free!!!

Please wear anything PURPLE  

Who are the speakers?
Dr Fadila Grine,
Madam Wardina Safiyyah OfficialPage,
Madam Cat Ross
Madam Sharifah Sofia
Miss Aliza Kim


The first 300 people to register on the event day will receive a special gift


"Spread more Love, Do more Good!"
 

Jom join event ni, Jumpa anda di sana......

Assalamualaikum..
XOXO

Tuesday, 14 January 2014

Rahsia Rambut Cantik...

Assalamualiakum.. hye semua.. apa khabar..

Kali ni Mayra nak share satu rahsia macam mana nk kekalkan rambut agar cantik berseri bak buat rawatan di saloon.. ececece exaggerated betol...
Actually mayra baru jer cuba cara ni, dan resultnya agak memuaskan hati mayra!! selama ni mayra memang mengalami masalah rambut gugur yg teruk. sebab apa? sebab stress??? kenapa stress?? stress sbb rambut asyik gugur jer!!! 

Then, mayra baru teringat, dulu masa kecik2, rambut mayra cantik gila... dah la panjang, lurus, bersinar plak tu... bila ikat tocang, semua orang jatuh cinta.. (exaggerate lagi.. sorryyyy) rambut cantik sangat smpai bila kat sekolah pon, mayra bukak tudung sbb nk dengar pujian kawan2 ngan cikgu..hehe teruk betol..
Apa rahsia nya?? jeng jeng jeng...

Masa kecik2 dulu, mama selalu sapu minya zaiton aka olive oil kat rambut mayra.. xkisah lah minya zaiton jenama pape pon.. tapi mama guna Bertolli punyer..memang rambut akan cantik..
inilah minyak zaitonnya...

Oklah.. ini cara2 mayra jaga rambut mayra..

1. seperti biasa selalulah cuci rambut anda dengan syampoo... mayra guna shampoo sunsilk...xkisah syampoo pape janji sesuai dengan korang.. lepas syampoo tu, jgn lupa pakai conditioner sekali tau..

2. Lepas cuci rambut, kalu boleh jangan geselkan rambut dgn tuala... nanti rambut cepat rosak.. guna hair dryer pon x elok sbnrnya... so mayra guna hair turban lepas cuci rambut.. mayra beli kat daiso... senang jer pakai dan biarkan rambut kering.. pakai selesa, rambut pon x rosak..


3. Sebelum tidur, mayra akan sapukan sedikit Olive oil di rambut.. dan olive oil yg mayra guna mestilah Bertolli punyer.. cuma yg special skit, mama dah tambahkan sesuatu dalam olive oil ni.. mama tambahkan capsule SNE dalam olive oil ni... mmg ramuan SNE dan Olive Oil mmg berkesan tau untuk rambut cantik..

4. Sebelum keluar, mayra akan spraykan air mawar di kepala untuk mengurangkan rambut gugur dan menyegarkan kepala.... air mawar ni mayra dapatkan dari Zeete Zeeta .. air mawar ni mmg wangi dan sesuai untuk student2 untuk hilangkan stress dan mengekalkan kecergasan.. insyaAllah bila ada masa mayra kan buat review untuk air mawar ni...

Jadi so far, ini je lah yang mayra lakukan untuk mengekalkan rambut sihat dan cantik.. xperlu guna product2 mahal  pon... xpayah pergi saloon.. buat kat rumah jer... asalkan yakin dgn Allah untuk hasilnya...

Semoga steps ni dapat membantu korang yg hadapi masalah rambut korang... ^^,

p/s ramai yang tanya, kenapa mayra sibuk sangat nak jaga rambut biar cantik.. kan pakai tudung.. bukannya nak tunjuk kat sape2 pon.... jawapan mayra senang, "nak simpan untuk bakal suami nantilah... suami mesti suka kalu isteri dia rambut cantik.. betol x??"

Ok stakat ini sahaja.. semoga dapat berjumpa lagi for the next entry..
Assalamualaikum.. Thanx for reading...
XOXO

Sunday, 12 January 2014

[SEGMEN] Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah

Assaalamualaikum.. Apa khabar semua??
Dah berzaman dah xjoin segmen... Sekali sekala apa salahnyer nk join segmen.. betol x..
Oklah.. ni ada segmen terbaru yg diadakan oleh blog http://lorong-cinta.blogspot.com... segmen bertajuk Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah.. macam menarik jer kan.. tengok tajuk jer dah tau.. sebab tu mayra join..  

http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/pelancaran-segmen-ramaikan.html
click gambar untuk join..
Jemputlah join reramai yer.. bak kata empunya blog yg menggelarkan dirinya Abak..

"In Shaa Allah,ada hadiah dan review  untuk Blog terpilih..
Peserta Segmen akan di'update' dari masa ke semasa..
Blogwalking dan saling Follow..
Ajak ramai-ramai,nanti kita sama-sama kongsi ilmu dalam blog..
Ukhuwah Fillah,Tunjang Mardhatillah.."
 
segment ni akan berlangsung sehingga 7 februari ni..
 
Oklah itu sahaja dari mayra kali ni...
Assalamualikum korang..
bye XOXO

Minggu Maulidur Rasul Fakulti Perubatan UiTM

Assalamualaikum...

Medical Student Association (MESTA) of Uitm Sg Buloh, Faculty of Medicine akan menganjurkan Minggu Maulidur Rasul pada 13-18 January 2014 bertempat di Fakulti Perubatan, Sungai Buloh...

Nah setempek poster untuk korang..

 Banyak aktiviti2 menarik akan dijalankankan.. Antaranya perarakan, memanak, menunggang kuda, games2 menarik untuk adik2 comel, booth2 jualan, giga movie show dan banyak lagi.... oklah... kita review jap apa aktiviti2 yang akan dilangsungkan sepanjang program ni.....

ISNIN 13/1/14
- Majlis Perasmian Minggu Maulidur Rasul di Audi A1 UiTM Sg Buloh Fakulti Perubatan.
- Forum Perdana "Malam Cinta Rasul" akan diadakan selepas isyak sejurus Minggu Maulidur Rasul dirasmikan.
- Kami memaparkan  Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan sebagai moderator dan Imam Muda Fattah dan Ust Ghazali Ibrahim sebagai panel.
ISNIN 14/1/14

- Perarakan Maulidur Rasul akan diadakan dan semua org akan berkumpul di Masjid Ibnu Sina pd pukul 8.30. Semua org dijemput hadir.
- Kita akan berarak dari Masjid Ibnu Sina sehingga ke Kampus UiTM Sg Buloh utk mengajak org ramai bersama2 menyertai Karnival Minggu Maulidur Rasul.
- Pelbagai aktiviti diadakan dalam karnival dan ia bersesuaian utk semua kelompok umur. Antara aktiviti yg ada adalah Memanah,Menunggang Kuda,Sembang Kopi dan Medic Talk oleh Pakar Cardiothoracic Dr Adli Azam.
Boleh refer gambar di bawah untuk tentatif sepanjang hari.. :)
RABU 15/1/14

- Tayangan Movie "USTAZ MU TUNGGU AKU DATANG" bermula jam 9 malam..
- Persembahan flashmob
 KHAMIS 16/1/14
 - konsert amal Maaulidur Rasul oleh kumpulan nasyid SAUJANA.. sebahagian daripada hasil jualan tiket akan diserahkan/didermakan kepada yg memerlukan... untuk mendapatkan tiket, boleh pm terus ke Minggu Maulidur Rasul..


JUMAAT 17/1/14
- Majlis Penutup Minggu Maulidur Rasul

SABTU 18/1/14
- Grand Qiamullai

"Pada mereka yg berminat boleh pilih hari apa nk dtg tp kami dr pihak AJK syorkan dtg hari2 utk sama2 mengimarahkan taman2 syurga yg dijanjikan Allah SWT di muka bumi dan juga sedikit sebyk cbe utk menghidupkan semula sunnah Nabi yg seringkali ditinggalkan.

Segala kebaikan insyaAllah akan dibalas oleh Allah SWT!

sama2 kita ke arah menjd hamba yg sentiasa bertaqwa di sisi Allah SWT. Allahurobbi redha lah usaha kami semua!
"

untuk maklumat lebih lanjut, bolehlah singgah page Minggu Maulidur Rasul..

short message to my friends, jemputlah datang yer... bila lagi nak melawat den kat sungai buloh ni.. ni lah masanya... lagipon, korang baru habis final exam kan... jemputlah datang kalau rindu kat den..

Oklah itu sahaja... semoga segala kebaikan  akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah SWT..
Assalamualaikum..