Monday, 2 July 2012

Yeah!!! Spain juara!!!

Sepanyol mengharungi malam ajaib dengan melakar sejarah tersendiri dengan menjadi pasukan pertama yang mengekalkan Kejuaraan Eropah. Dengan mudah La Roja meratah Itali 4-0 di Stadium Olimpik Kiev walaupun pada awalnya mengekalkan formasi tanpa penyerang utama. 

Di awal permainan sudah tergambar permainan berat sebelah dengan Azzuri dikerah dibahagian pertahanan kerana Sepanyol lebih agresif. 

David Silva menggamatkan suasana dengan tandukan untuk menggegar gawang Itali pada pada minit ke-14. Tetapi Cesc Fabregas yang patut diberi pujian kerana memecahkan benteng Itali. 

Itali terpaksa melakukan pertukaran seawal minit ke-20 selepas Giorgio Chiellini terhencut-hencut meninggalkan padang untuk digantikan dengan Federico Balzaretti. 

Perlahanan-lahan tempo perlawanan mula berubah dengan anak buah Cesare Prandelli mula memperkemaskan hantaran mereka. 

Antonio Cassano dua kali berpeluang untuk mencuba nasib tetapi Iker Casillas ternyata sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. 

Jordi Alba mengukuhkan kedudukan dengan dua gol pada minit ke-41 dengan serangan pantas selepas Xavi Hernandez berjaya menghidu larian kencang dari kawasan sendiri. 

Sebaik babak kedua bersambung, Antonio Di Natale diberi peluang untuk menyalakan peluang Itali dan penyerang Udinese itu tidak mengambil masa yang lama untuk memberi awal pertama dengan tandukan yang tidak tepat ke sasaran. 

Pada minit ke-49, Sepanyol menjerit bola terkena tangan Leonardo Bonucci tetapi tidak diendahkan pengadil. 

Malapetaka sebenar Azzuri bermula pada minit ke-60 sebaik Thiago Motta ditimpa kecederaan hamstring. Pemain tengah itu hanya sempat bertahan selepas tiga minit di atas padang sebaik menggantikan Riccardo Motta dan memaksa juara 1968 itu berjuang dengan 10 pemain. 

Kemasukan Fernando Torres mendapat lagi bisa di luka Itali dengan menjaringkan satu gol pada minit ke-83 sebelum gol keempat La Roja menyusul dengan Torres yang juga wira 2008 melorongkan bola untuk disudahkan kepada Juan Mata.





Haha.. kan dah kata spain akan menang.. Mmg italy xkan menang... sape suruh kalahkan German time separuh hari itu...haha

btw smalm stay up di twitter, kbanyakannya mnyokong dan menyangkakan italy akan mnang.. siap kutuk2 spain lagi..  kata kat pnyokong spain ni, baik xpayah tgk euro, compum2 italy menag.. tp bile spain dh 2-0, tiba2 plak dorg tweet blik 'nak tukarla, sokong spain plak..'  .. amboi.. xtetap pendirian lgsg.. ha ambik kau.. spain menang...haha

Btw berminat dgn tweet dr ust azhar idrus:

@ustazharidrus: 'S: Ustaz sokong Spain atau Italy? J: Tunggu 5 minit sebelum habis perlawanan nanti baru ustaz jawab. 

haha.. terbaik la ustaz...

No comments:

Post a Comment