Antara Pegang Awek & Pegang Anjing
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa?
ANJING: aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berdating . Tetiba si perempuan terperanjat dan menjerit lalu si lelaki terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!". Rasa terhina gak aku tau sebab aku tumpang lalu je
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia dating2 tu mau2 lama2 sentuh dan pegang-pegang awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu. Mau mula2 main2 cinta maka jiwa jadi angau pasal cinta. Bila kerap2 jumpa mulalah diberi betis nak peha maklumlah syaitan nie kan dok menghasut. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak
ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"
Sedikit Penjelasan:Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram."
No comments:
Post a Comment