Thursday, 18 February 2016

PENGALAMAN PERTAMA BUAT CPR!!

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harapnya semua sihat-sihat dan berbahagia dengan insan tersayang di sisi. Siapa bahagia, senyum sikit….. haaa barulah cantik dan handsome semuanya.



Guess what? It’s time for Emergency posting! Another busy posting! Class, practical, seminar, case presentation, various procedure need to be done. Dengan morning shift, night shift. Lagi penat kalau dapat night shift kat sungai buloh hospital. Haru nak balik kolej kat selayang pukul 1@2 pagi.

Okay, kali ni Mayra nak share pasal pengalaman pertama Mayra buat CPR.



Apa itu CPR?
CPR atau “cardiopulmonary resuscitation” adalah gabungan khidmat pertolongan cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada.
CPR juga adalah satu tindakan bantuan awalan bagi memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan menggunakan - teknik tekanan di atas dada (tekanan dari luar ) dan bantuan hembusan pernafasan.

Cara yang betul untuk buat CPR.



Pengalaman Mayra, waktu tu, Mayra tengah night shift di HSB. Setelah habis night shift kami, around 11pm (night shift kami habis pkul 10pm) masa tu Mayra dah nak melangkah keluar dari emergency department, tiba-tiba alarm berbunyi (tanda ada pesakit masuk red zone) dan terdengar ada nurse dan MA jerit “CPR! CPR!” (tanda ada pesakit cardiac arrest).

Mayra terkejut jugak. Tergamam semua ada. Nampak depan mata, seorang pesakit wanita, diatas katil, ditolak masuk kedalam red zone, dan kelihatan seorang MA sedang melakukan CPR kat pesakit tu. Terus kami medical student ambik gloves dan ikut patient tu.

“CPR done for 20minutes already!” jerit MA tu. Merah muka dia tengah buat CPR.

Then kami ambil turn. Setiap orang kena buat CPR 2 minit untuk completekan satu cycle. Dengar 2 minit macam kejap je kan. Tapi penat dia ya Allah… mayra nak completekan 2 minit tu rasa macam nak pitam dah. Muka merah, mmg berpeluh time tu. Lepas habis 2 minit, orang lain pula sambung. Kami bergilir buat CPR hampir sejam namun pesakit tu masih tiada nadi. So patient declared death.

Pertama kali nampak pesakit meninggal di depan mata. Dan pertama kali bertungkus lumus menyelamatkan pesakit (my precious memory). Bila difikirkan balik,  waktu kami semua bergelut buat CPR pada pesakit itu, malaikat maut ada bersama kami, Ya Allah. Ajal pesakit tu dah sampai.. :’(

(sampai sekarang masih terkesan)

Pada Mayra, setiap orang perlu tahu teknik melakukan CPR. Berapa ramai orang yang dapat selamat atau hidup kembali kalau CPR dilakukan, dengan cara yang betol.



So moral of the story, learn to do CPR! Okay!!!

Assalamualaikum
XOXO

2 comments:

  1. hmm..that's why I don't think I'll ever work in a hospital, sebab that sounds so scary..kalau saya memang tergamam je in such an emergency situation..

    ReplyDelete
  2. hmm..that's why I don't think I'll ever work in a hospital, sebab that sounds so scary..kalau saya memang tergamam je in such an emergency situation..

    ReplyDelete