Assalamualaikum. Hello. Annyong. Arigato. Kabare..
huhu... ape khabar semua... Sudah lame x visit Bling2 Pink ni.. Maklumla minggu ni busy sgt.... mcm2 yang kene settlekan.. acapella la.. assignment la.. kuiz lagi... omwork.. perghhh... mmg rase nak terjun jer dari bangunan blok ni.. huhu...
Btw... May mencoret blog kali ini bertujuan menjawab soalan kawan2 May yg selalu menyinggah di telinga ni.. (chewah ayat....).. May yakin, kalau korang pernah singgah blog ni, atau korang memang kenal May, korang akan tau yang May ni seorang KPOP lovers... Yes!!! I'm a kpop lovers.. Kpop? mende tu? rasenyer korang semua dah tau kan.. xperlu la May terangkan lagi eh.. tapi kalau korang still xkenal ape itu kpop, May sarankan korang Google jer atau search kat Youtube.. Dan ramai orang sekeliling May tnye. 'knp kau minat sgt dgn kpop ni?? macam kat malaysia ni dah xde artis yang kau boleh minat.. baik kau layang lagu Ingeris jer.. boleh improve language kau.. ape istimewa sgt kpop berbanding malay or amerika (ceh.. guna amerika teruss)..
Friday, 23 December 2011
Sunday, 11 December 2011
cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Assalamualaikum..
Mari Kita Cuba ....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua
umatnya. Ada 2
benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga
Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali?
2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui
pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula
Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan
manusia)
Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka
surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan
formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita
belajar...
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke
berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5
bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke
berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke
berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada
kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...
Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg
menulisnya.
p/s: jom check sma2 btul ta info nih(:
Saturday, 3 December 2011
Jatuh cinta?? Bahagiakah hati??
Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri.. Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita..
Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah jantuh cinta.. Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..
Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang tidak memerlukan sebab yang logik.. Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya.. Membuatkan lena tidak kunjung tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya…
Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta..
Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?
Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu..
Dan amat pedih dan perit, terasa ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta.. Tapi cinta itu terhalang dan terpaksa diputuskan atau dilupakan.. Ini mungkin kerana pelbagal halangan..
Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa? Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat.. Dan adakah mungkin masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang dan isteri orang?
Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..
Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..
Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya pabila jodoh itu bukan lagi realiti?
Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi..