Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Monday, 2 July 2012

Yeah!!! Spain juara!!!

Sepanyol mengharungi malam ajaib dengan melakar sejarah tersendiri dengan menjadi pasukan pertama yang mengekalkan Kejuaraan Eropah. Dengan mudah La Roja meratah Itali 4-0 di Stadium Olimpik Kiev walaupun pada awalnya mengekalkan formasi tanpa penyerang utama. 

Di awal permainan sudah tergambar permainan berat sebelah dengan Azzuri dikerah dibahagian pertahanan kerana Sepanyol lebih agresif. 

David Silva menggamatkan suasana dengan tandukan untuk menggegar gawang Itali pada pada minit ke-14. Tetapi Cesc Fabregas yang patut diberi pujian kerana memecahkan benteng Itali.