Wednesday, 7 June 2017

JOM BERAYA BERSAMA ALTHEA

Assalamualaikum~~

Salam Ramadhan buat semua. So macam mana puasa so far?? Ada yang ponteng ke? Semoga kita sama-sama dapat tingkatkan amalan di bulan Ramadhan yang mulia ni.

Sebut jer Ramadhan, mesti Syawal pun disebut juga. Dah start prepare barang-barang untuk raya belum? Dah shopping baju raya belum? Kuih raya dah start buat? Haha busy nya korang nak raya ni kan. HAH satu lagi? Korang dah start cantikkan diri untuk hari raya ni?? Siapa taknak cantik di pagi raya kan? Mana tahu terjumpa jodoh ke? haha

Okay sebut pasal cantik ni, Mayra ada berita best nak share dengan semua orang. 
Siapa kenal Althea.kr?? Siapa-siapa yang makeup-holic dan skincare-holic mesti kenal Althea.kr ni kan??  Bagi yang belum kenal dengan Althea.kr ni, meh nak cerita sikit. Althea.kr ni merupakan salah satu platform online yang menjual pelbagai produk kecantikan dari Korea. Semua maklumkan betapa cantiknya kulit orang Korea ni dan semua orang macam tergila-gila nak cantik macam orang Korea. Tapi product Korea ni selalunya mahal-mahal, betul tak? So dekat Althea.kr nilah korang boleh dapatkan pelbagai product Korea, dan yang penting, harga dia sangat berpatutan!!

Okay, bestkan Althea.kr ni? Tapi Mayra ada benda lagi best nak share dengan korang!!


Sempena dengan Hari Raya yang mulia tahun ni, Althea.kr ada mengadakan ALTHEA'S RAYA GIVEAWAY FESTIVAL!! Apa yang best dengan giveaway kali ni??? Sempena hari raya ni, Althea.kr menyediakan kotak bungkusan limited edition, which is sangat cantik dan sesuai dengan tema hari raya kita. Yang lagi istimewa, dengan setiap pembelian di Althea.kr, korang akan dapat pilih free gift product Korean beauties!! Best kan??? Macam mana nak dapat free gift tu? Mudah sahaja. cuma click di RAYA, dan pilih mana-mana free gift yang menarik hati korang sebelum check out. Free gift tu akan ditolak harga semasa Check Out.


So, korang tunggu apa lagi?? Mayra pun dah start window shopping di Althea.kr dah. Jimat masa, harga berpatutan, dan berkualiti. Tak sabar nak share dengan korang apa yang Mayra shopping di Althea.kr. Jom sama-sama cantik di Hari Raya nanti!! Jom cepat-cepat kita terjah Althea.kr~~

Untuk info lanjut, korang boleh visit website Althea.kr k ;D




Monday, 3 April 2017

How Do I Remove My MakeUp

Hai Assalamualaikum~

Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat-sihat dan sentiasa di bawah lindungan Illahi.

Sekarang ni Mayra dalam final year untuk Medicine. Yes currently I am so busy and i have to reject some of the event's invitation because of my busy schedule. Blog ni pon nasib baik ada masa nak update. Hehe  InsyaAllah bulan 7 ini final exam dan graduate. Doakan Mayra lulus dengan cemerlang dan dapat graduate on time tau :)

Alright, berbalik ke agenda asal untuk blogpost kali ini. Lately, ramai yang tanya Mayra macam mana Mayra maintain muka flawless eventho selalu makeup? Flawless ke dikk oiii????? Yeah as you know, pakai makeup ni tak elok sangat especially for those yang tak suka jaga muka dengan betul. Because when we put on makeup, some of them will clog into your pores and subsequently will lead to oil production, breakout of your skin and there you go~~ pimplesssss

Sekarang ni Mayra akui kulit Mayra tengah tak sihat (got 3 pimples and some scars) sebab last 2 weeks Mayra sangat busy dengan events in which each event i put on my makeup as usual but because i was too tired, i did not practice my makeup removal routine. Sampai tahap tidur tapi tak cuci makeup pon ada. So sekarang ni memang jerawat bermaharajalela lah atas muka ni. haha But right now, Mayra tengah practice balik makeup removal routine dan some other facial care routine dan alhamdulillah jerawat dah makin terkawal.

So untuk blogpost kali ini, Mayra nak share macam mana Mayra jaga kulit muka Mayra selepas almost one full day pakai makeup.


Step 1 - Biore Makeup Remover Wipes


Masa mula-mula Mayra beli ini, Mayra beli sebab dia dalam travel packer and masa tengah travel tu lupa nak bawa makeup removal so i just grab it. Packaging dia pun lawa kan pink gitewwww. But when i first tried it, I was blown away. Seriously senang giler nak tanggalkan makeup guna ini. Korang tak payah nak gosok muka kuat-kuat untuk tanggalkan makeup. Just put on your makeup area and swipe it and all your makeup removed!! Bau dia wangi dan rasa ringan je bila apply pada muka. Bagi Mayra Biore ni sangat sesuai dengan muka Mayra ( i dont have any allergy reaction towards it and muka akan lembut jer lepas pakai) plus dia tak ada tinggalkan rasa berminyak bila kita pakai walaupun dia ni 'cleansing oil'. Tapi kawan Mayra pernah try guna ni (pinjam from me lol) and dia cakap rasa macam wipes ni menghakis kulit dia. Maybe depends on skin type jugak kot. But i dont have any issues with that.



What i love most about this product, even your waterproof mascara yang degil nak mati pun senang nak tanggal tau. I'm using mascara from Banila.co dan dia tersangatlah waterproof. Mayra dah try bermacam makeup remover tapi tak tanggal jugak mascara tu. So when i used this, ehhhhh senang jer nak tanggal. Yang paling best dia ni senang dibawa. Letak je dalam handbag and you can use it whenever you want especially muslim yang nak solat tapi nak buang makeup susah. So far, this is my fifth packets and i'll buy it again in a future because i love it sooooo much!

Step 2 - Garnier Micellar Cleansing Water


Okay actually this is my first time using this sebab tengok ramai blogger-blogger and some instafemes review this and banyak positif feedback tentang Garnier Micellar Cleansing Water ni. Personally Mayra sukakan Garnier Micellar Cleansing Water ni sebab dia punya ability to remove the makeup is superbb.. Yes senang sangat nak remove makeup and rasa fresh sangat bila apply kat muka. Okay maybe korang tertanya-tanya kenapa Mayra guna Garnier Micellar Cleansing Water padahal Mayra dah guna Biore Makeup Remover wipes tu kan? Macam ni, bagi Mayra lepas buang makeup dengan wipes tu, i more focusing on mascara, i eyeliner, eyebrow and lipstick sebab part tu yang degil sikit. So bahagian muka yang lain, Mayra akan guna Garnier Micellar Cleansing Water ni. Lagipun, Biore wipes tu senang dibawa kemana-mana so Mayra guna bila kat luar and use this Garnier Micellar Cleansing Water kat rumah. Garnier Micellar Cleansing Water ni pun bagus untuk remove mascara degil tapi macam Mayra cakap tadi, sebab dia dalam botol, so agak susah nak bawa ke sana ke mari tambah2 handbag ni kecil. Huhu Tapi bila di rumah memang Mayra practice guna Biore wipes first followed by Garnier Micellar Cleansing Water. Tak salah kan kita cuci muka berkali-kali so that muka kita betul-betul bersih.

Step 3 - Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam


Okay lepas buang makeup guna oil, its time to move to cleanser. Mayra guna Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam. This is my third bottle already and i love this so much! It is basically a dual cleansing product that effectively removes makeup on your face with its oils and and it will transform into foam when you gently massaging it to remove any leftover impurities on your face.


Yang ni tersangat sesuai untuk korang yang malas nak remove makeup and boleh skip Step 1 dan Step 2 di atas. Tapi kenapa Mayra tak skip? Sebab Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam ni tak dapat remove kan mascara Banila.co yang super waterproof tu. Dapat tu dapat tapi susah sikit lah plus bila masuk mata pedih. Huhu Tapi bila Mayra cuci muka dengan Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam, my skin will be smooth and you can feel that your skin 99% clean from any makeup. Yes! I recommended you to use this! Harga agak mahal tapi sangat berbaloi dengan kesannya.

Step 4 - Cetaphil Gentle Skin Cleanser


Yang ni dah masuk my normal skincare routine. Tak pakai makeup pon i still use this. I started to use this since last year when i had a very bad skin after i mistakenly used some local product. That time, my face was really bad which pimples membiak dengan bahagianya dan kulit sangatlah kering dan tak sekata warna. I've tried so many products until my cousin recommended this cleanser to me. This is my third bottles and i'm satisfied with the result! Alhamdulillah pimples dah makin berkurang dan kulit pun nampak more healthy. But Mayra pernah dengar yang Cetaphil ni tak elok untuk orang kulit kering sebab dia akan mengeringkan lagi kulit. Wallaualam but so far i dont have any issues with kulit kering and mosturiser memainkan peranan penting untuk kekalkan kelembapan kulit uolss.

So after you follow until Step 3, jangan lupa untuk cuci lagi muka you dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Tak guna Cetaphil pun takpe, tapi jangan lupa cuci muka dengan cleanser yang korang selalu guna so that your skin, pores semua betul-betul bersih.

Step 5 - Mora Milky Almond Scrub


This step, tak semestinya korang kena buat everyday. As you guys know, function scrub untuk buang segala kulit-kulit mati, kotoran dan blackhead/whiteheads. I used this Mora Milky Almond Scrub selang sehari atau 3 hari sekali. Scrub tak elok tau guna hari-hari sebab dia akan menipiskan kulit korang. One more thing, kalau jerawat tengah galak membiak atas muka, jangan pakai scrub sebab korang akan increase tendency for your skin to be breaks out and high risk to get more pimples.



Okay untuk Mora Milky Almond Scrub ni, Mayra suka sangat dengan tekstur scrub ni sebab dia sangat lembut dan bau memang soft ala-ala bau almond dan vanila. Bila sapu pada kulit muka, memang lembut pada kulit dan whitehead pon hilang! Kulit muka pun rasa ketat jer tapi soft sangat. First time Mayra guna, agak terkejut dan jatuh cinta dengan effect Mora Milky Almond Scrub ni. You guys patut cuba tau. Untuk dapatkan Mora Milky Almond Scrub, korang boleh ke Mirotic Hermosa atau whatsapp +60105095543.

Step 6 - Mora Argan Oil


Ni part yang Mayra paling suka. Bila nak apply Mora Argan Oil. Step ni depends pada korang lah. Selalunya lepas cuci muka korang akan pakai toner kan? Yes Mayra pun sebelum ni pakai toner, tapi masih belum jumpa toner yang sesuai untuk kulit muka Mayra. So Mayra skip step toner. Mayra ganti dengan apa? Dengan Mora Argan Oil ni lah! This is my third bottle and i love this Argan Oil sooooo much!! Walaupun argan oil, bila kita apply pada kulit, dia senang meresap dan tak rasa berminyak pun kulit ni. Apa yang Mayra suka, Mora Argan Oil ni dapat mengurangkan jerawat. Katakanlah korang nampak macam ada jerawat nak tumbuh, korang apply jer Mora ni dan insyaAllah esoknya jerawat tu tak jadi nak tumbuh.hahaha Parut jerawat pun cepat hilang dan meratakan tona kulit. Mayra juga guna Mora ni sebagai makeup base jugak so that makeup tahan lebih lama bila apply Mora beforehand.


Untuk dapatkan Mora Argan Oil ni juga, korang boleh ke Mirotic Hermosa atau whatsapp +60105095543.


So thats it. Untuk blogpost kali ini, Mayra tak cerita info2 untuk setiap product, tapi Mayra share pengalaman mayra guna all these products. This is not paid review but i paid to get these things and i love them! Yes, i admit that most of the things stated above quite pricey, total boleh cecah RM300++ but dont worry sebab semua ni tahan lama, more than one month. Tak semestinya every month korang kena keluarkan Rm300. Contohnya Garnier Micellar Cleansing Water boleh tahan more than 3 months, Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil to Foam boleh tahan almost 6 months, dan Mora product lebih dua bulan. Nak pakai makeup mahal, nak buang makeup pun mahal. hahahaha

All the steps kat atas is just my routine makeup removal. Korang tak perlu follow, it just a recommendation for me. Alhamdulillah berkesan pada kulit Mayra, harap-harap korang pun berkesan juga. Ya banyak steps just untuk remove makeup tapi untuk maintain kulit yang cantik, korang kena usaha lah sikit. Sebab apa-apa pun orang akan tengok muka dulu, betul tak?

Urghhhh I really need some improvement for my makeup

Harap steps di atas dapat bantu korang yang masih buntu nak guna apa untuk remove makeup.Kalau korang ada recommendation, korang boleh tinggalkan komen dibawah k.

Semoga bertemu lagi di next blogpost.
Assalamualaikum.
XOXO

Friday, 2 September 2016

Final year! Here I Come!

Assalamualaikum everyone~~



Well today I wanna share a very very good news!! Today I just received my final exam’s result and Alhamdulillah I passed all the papers. I just passed my fourth year of medical student and I am officially a final year medical student!! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah I’m really thankful for this results and this is a big relieve knowing how bad my history with those past papers.

I’m not bragging but I just want to share this news with everyone because only Allah knows how painful my fourth year has been. There were a lot of up and downs. Through many classes, scary lecturers, going back and forth between Selayang and Sungai Buloh almost everyday and many more obstacles. I almost gave up but with Allah’s wills and prayers from my beloved family and my friends, Alhamdulillah I made it!

I survived 4 years in medical school and I got to push harder for my final year as its getting harder and harder! Don’t forget to pray for me ya!

Ya Allah, semoga Munira Hazim dan rakan-rakan kuat dan tabah menghadapi final year MBBS UiTM yang penuh onak dan duri. Semoga Munira Hazim dan rakan-rakan berjaya lulus Professional Exam tepat pada masanya dan cemerlang. Aminnnn~~~

Mohon postingmates baru tunjuk ajar saya~~~


Passed my exams!! FINAL YEAR here I come~~

Tuesday, 7 June 2016

Khatam Quran Dalam masa 21 Hari!

Assalamualaikum semua~ ~

Salam Ramadhan kepada semua Muslim yang sedang membaca~ ~
Hari ini sudah memasuki hari ke-2 berpuasa. Dan waktu Mayra menulis ni, Mayra tengah dalam keadaan Hypoglycemia (kurang gula dalam darah) dan sedang menanti waktu berbuka (approximately 2 jam lagi untuk berbuka).

Nak tahu apa impian gadia-gadis dan wanita-wanita muslim dalam Ramadhan ni? Kami-kami semua nak puasa sebulan penuh!! Tapi apakan daya, hanya orang-orang yang bertuah sahaja yang dapat berpuasa penuh.. sobsss

Mayra yakin, ramai yang memasang niat untuk mengkhatamkan Al-Quran dalam bulan Ramadhan ni, satu hari satu juzuk. 30 hari puasa = 30 juzuk = khatam Al-Quran. Namun, agak mustahil bagi perempuan untuk mencapai 30 hari = 30 juzuk sebab kami-kami semua diberi ABC (Allah bagi cuti) huhu.. jadi macam mana nak habiskan Al-Quran dalam masa sebulan walaupon tak dapat berpuasa penuh??

Nahhhh ini caranya..

cr : pic

Terima kasih banyak2 kepada yang berjaya mengeluarkan list ini. Semoga membantu perempuan di luar sana yang berazam untuk khatam Quran pada Ramadhan kali ini. Mayra pon berniat nak khatam sekali lagi bulan  ni. Ramadhan lepas tak berjaya, harap2 Ramadhan kali ini berjayalah yer. Sama-sama kita doakan..

Oklah, roomate MAyra dah panggil Mayra nak pergi Bazar Ramadhan.. Jom pergi sama-sama. Tapi jangan membazir tau!

Assalamualaikum..
XOXO

Wednesday, 25 May 2016

Nak Dr Mayra cucikan luka?

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harapnya semua sihat-sihat dan berbahagia dengan insan tersayang di sisi. Siapa bahagia, senyum sikit….. haaa barulah cantik dan handsome semuanya.



Alhamdulillah, sekarang ini Mayra berada di posting Primary Care Medicine (PCM). Apa itu PCM? Actually PCM ialah penjagaan kesiharan dan perubatan pesakit di luar penjagaan hospital. PCM termasuklah rawatan kecihatan, rawatan pencegahan, promosi kesihatan dan rawatan segala penyakit tanpa perlu memasukkan pesakit ke hospital. Contoh paling senang, klinik kesihatan. Suntikan Immunisasi kanak-kanak adalah sejenis rawatan primary care, pemeriksaan mengandung, rawatan penyakit tidak serius seperti demam selesema atau sakit jangka masa lama seperti darah tinggi atau kencing manis.

Jadi sekarangnya, Mayra attach di beberapa klinik kesihatan. Cuti sebentar dari kehidupan busy di hospital. Hehe tapi siapa cakap kerja di KK tak busy? Busy ya amat! Jumlah pesakit yang ke KK setiap hari boleh mencecah 700-800 orang! Ramai ya Allah.

Hari ini, Mayra berada di bilik rawatan dan kecemasan. Masuk jer bilik tu, terus nurse tanya, reti buat dressing tak? (dressing = cuci luka) and I was like, alamak, selama ni tak pernah buat dressing. Manalah reti. Nasib baik, nurse Ain baik. Dia guide kami step per step macam mana nak buat proper dressing.

Hari ini saja, Mayra buat hampir 10 dressing. Satu dressing ambil masa 15-60 minit depends keadaan luka. Disebabkan ramai sangat pesakit, Mayra terpaksa buat dressing sorang2. Berpeluh wehh nak siapkan dressing sorang-sorang, on your first day of doing it!

Tapi alhamdulillah, banyak benda belajar hari ini. Daripada tak tahu langsung macam mana nak buat dressing, sampai boleh handle dressing sorang-sorang (I am proud!!!).


gambar-gambar ini diambil waktu lunch, selepas semua patient dah habis....


p/s dalam bilik rawatan, sempat dingurat (betol ke perkataan ni?) oleh waris pesakit. Amboiii.. mungkin sebab seharian pakai face mask. Kalau tak pakai mask, takde sape nak pandang kita.. hahaha


Boleh jadi geng dengan Dr Kang Mo Yeon, cantik bila pakai face mask jer.. haha


Wednesday, 18 May 2016

10 reasons why TVXQ Catch Me Live in Malaysia is the best concert!

Assalamualaikum and hye guys!!



So today is 518, means today is TVXQ Catch Me live in Kuala Lumpur 3rd anniversary!! Wowwww how time flies… and I miss the boys so so so so much!!

Actually TVXQ Catch Me live in Kuala Lumpur was my first ever concert that I’ve ever attend and I’ve attended a few concerts after that (CNBLUE Cant Stop Live in Malaysia, Exolution Live in Malaysia and T1STORY Live in Bangkok) but in my perspectives view, TVXQ Catch Me Live in Kuala Lumpur is the best concert I’ve ever had in my life!! I even went to Bangkok to see TVXQ (T1STORY Live in Bangkok) but still, the feelings were not the same.

Here is the list why I think TVXQ Catch Me Live in Kuala Lumpur is the best concert I’ve ever had in my life.

1.       This is my first time to ‘date’ with TVXQ
cr : pic

-          Well, I became TVXQ’s fans or so called Cassiopeia since 2009/2010. I think its quite a long period of time for me to be a very committed fan towards a 5 younger men who are very hot, handsome, well dedicated and bla bla bla (if you want me to list down the good things about them, the list will not finish until next year..hahaha). since I was first entered the fandom, I never dream to attend their concert, to meet them, to see them with my naked eyes and to be a part of the ‘Red Ocean’. so I was very excited to meet my idol for the first time, to have a date eye-to-eye..hahaha

2.       This is my first concert ever.

-          As I mentioned above, this concert is my first concert. There was a quote saying “ the first time you do a thing is always exciting”

3.       My contributions towards the concert.

-          For every concert (I’m not sure other concert, but kpop concert do have this) there will be some fanproject arranged by fanclubs to show support towards the artist. And my contribution was, I donated some money for the fanproject and volunteered to distribute the fangoods to all the fans before entering the concert venue. Yah, its tiring, because we had some issues to deal with, but it was great!! I am proud to myself… LOL

4.       The concert venue.

-          The concert itself was held at Stadium Melawati Shah Alam. You know, when I first heard about stadium shah alam, I was like (not only me, I think all the fans) whattttt why use the small stadium?? Don’t we have other big stadium so we can have a big concert??? Aha! That was my first impression. But when the day came, I was like Thank god we use the small one.. because we cant see the boys more nearer and more clearly and the boys also can see our faces and all our fanproject!

5.       My seat was the best among the best!

-          When I entered the venue, me and Sarah were puzzled around looking for our seat and after a couple of minutes, we found our seat. That seats were at the last row of our seating zone, but at that time, we were okay since we still can see TVXQ clearly from that seat. 5 minutes later, suddenly a Chinese couple approached us and claimed it was their seat. 
view from my mistaken seat. haha
I was shocked and try to look again at my ticket before start searching again our place. And guess what?? Our seats located at the first row of the seating zone!!! Cant you believe it??? I was like omaigodddd i am in front row and it was really near to the stage and you can even see the boy’s pimple (if they got it)..haha
view from my actual seat!!


6.       The boys were so handsome and awesome!
the closest picture of yunho. omo he is just in front of me i can grab his legs!


-          This one, I wouldn’t comment much because it is a fact and everybody know the standard of TVXQ. Hahaha

7.       The overall performances were… (I don’t know what word to use to describe it!)
kiss kiss kiss
-          4 years becoming a fans, and you just watch their faces, songs, MVs, performances and variety show through your laptop or TV, then suddenly they stood in front of you, singing and dancing your favorite songs, can you understand my feelings that time. The moment when TVXQ appeared, when they dance to their old songs, Rising Sun, O, Mirotic, Purple Line and Wrong Number, it was priceless!! It was my precious unforgettable moment I’ve ever had!

8.       The organizer was jjangg!!
cr pic

-          The organizer, JPM is one of the best organizer! They really concern about what fan need and address them very well. Congratulations JPM for a very success concert and thank you for bringing TVXQ here.. mmuahhh

9.       I went there with my dearest Cassiopeia friend aka my ‘madu’

-          One of the best thing is, I went there with Sarah!! I met her around 2011 during the fan gathering and we started to know each other at FB, knowing that her bias in TVXQ also changmin. We always talk about our dream to meet TVXQ and the dream came true!!!

10.   The fanproject went well!


-          The fanproject was success and we were able to make yunho almost crying..hahaha the fanproject include the fan putting up the banner saying “ we will always with you” during the Unforgettable song and if you can find the fancam, you can see clearly yunho’s eye, holding back the tears. Yunho keep saying Thank you while Changmin keep repeating “ We are so sorry for not coming here for the past 6 years,”. OMO each time they mentioned it, the fans were like “andwaeeee.. kwenchanaaaa,”. And the epic moment when changmin said, “ Sawa saya awak,” with his cute expression instead of saya sayang awak. hahhaa



Thats it!! Actually i got many more things to say here, but the story will not finish until tomorrow! Hahaha... so i will stop here. I just hope that i will get another chances to meet them again, both of them and i really wish to see five of them (OT5 feelings) to be on stage together again. Always keep the faith. Forever Cassiopeia.

Till we meet again.. bye bye..
Annyongggg~~~
XOXO

Thursday, 18 February 2016

PENGALAMAN PERTAMA BUAT CPR!!

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harapnya semua sihat-sihat dan berbahagia dengan insan tersayang di sisi. Siapa bahagia, senyum sikit….. haaa barulah cantik dan handsome semuanya.



Guess what? It’s time for Emergency posting! Another busy posting! Class, practical, seminar, case presentation, various procedure need to be done. Dengan morning shift, night shift. Lagi penat kalau dapat night shift kat sungai buloh hospital. Haru nak balik kolej kat selayang pukul 1@2 pagi.

Okay, kali ni Mayra nak share pasal pengalaman pertama Mayra buat CPR.



Apa itu CPR?
CPR atau “cardiopulmonary resuscitation” adalah gabungan khidmat pertolongan cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada.
CPR juga adalah satu tindakan bantuan awalan bagi memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan menggunakan - teknik tekanan di atas dada (tekanan dari luar ) dan bantuan hembusan pernafasan.

Cara yang betul untuk buat CPR.



Pengalaman Mayra, waktu tu, Mayra tengah night shift di HSB. Setelah habis night shift kami, around 11pm (night shift kami habis pkul 10pm) masa tu Mayra dah nak melangkah keluar dari emergency department, tiba-tiba alarm berbunyi (tanda ada pesakit masuk red zone) dan terdengar ada nurse dan MA jerit “CPR! CPR!” (tanda ada pesakit cardiac arrest).

Mayra terkejut jugak. Tergamam semua ada. Nampak depan mata, seorang pesakit wanita, diatas katil, ditolak masuk kedalam red zone, dan kelihatan seorang MA sedang melakukan CPR kat pesakit tu. Terus kami medical student ambik gloves dan ikut patient tu.

“CPR done for 20minutes already!” jerit MA tu. Merah muka dia tengah buat CPR.

Then kami ambil turn. Setiap orang kena buat CPR 2 minit untuk completekan satu cycle. Dengar 2 minit macam kejap je kan. Tapi penat dia ya Allah… mayra nak completekan 2 minit tu rasa macam nak pitam dah. Muka merah, mmg berpeluh time tu. Lepas habis 2 minit, orang lain pula sambung. Kami bergilir buat CPR hampir sejam namun pesakit tu masih tiada nadi. So patient declared death.

Pertama kali nampak pesakit meninggal di depan mata. Dan pertama kali bertungkus lumus menyelamatkan pesakit (my precious memory). Bila difikirkan balik,  waktu kami semua bergelut buat CPR pada pesakit itu, malaikat maut ada bersama kami, Ya Allah. Ajal pesakit tu dah sampai.. :’(

(sampai sekarang masih terkesan)

Pada Mayra, setiap orang perlu tahu teknik melakukan CPR. Berapa ramai orang yang dapat selamat atau hidup kembali kalau CPR dilakukan, dengan cara yang betol.



So moral of the story, learn to do CPR! Okay!!!

Assalamualaikum
XOXO

Thursday, 21 January 2016

Karnival Kesihatan Sayangi Tulang Anda

Assalamualaikum semua. Untuk entry kali ini, Mayra ingin mengajak semua untuk join Karnival Kesihatan Sayangi Tulang Anda anjuran pelajar perubatan UiTM Tahun 4.



Alhamdulillah, kali ini giliran Mayra dan kawan-kawan posting PHPM, akan mengadakan Karnival Kesihatan Sayangi Tulang Anda.



Tempat : Taman Setia Warisan, Kampung Melayu Subang]
Tarikh : 24 Januari 2016
Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari

Pelbagai aktiviti-aktiviti akan berlangsung seperti:
1.      Colourful run (penyertaan online sudah ditutup, tapi semua orang dijemput menyertai colourful run ni. Boleh walk in, tapi semua kena pakai baju warna putih)
2.      Saringan Kesihatan
3.      Pameran Kesihatan
4.      Pertandingan Futsal
5.      Derma darah
6.      Pertandingan mewarna
7.      Sukaneka
Dan banyak lagi!!!





Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ke



Jumpa anda di sana!!!!

insyaAllah, akan ada artis yang akan hadir. Nak tahu? Kalau nak tahu, tengok kat bawah...


































































Inilah dia!! Haha #sisguraujer